Sambil menyelam, Minum air....kata pepatah Melayu.
Sambil ziarah orang sakit saya dan teman mengambil peluang melihat-lihat pembangunan yang berlaku di Daerah Kota Bahru dan kawasan berhampiran. Sudah lebih 15 tahun saya tidak ke Pantai Timur, termasuklah Kelantan. Maka kunjungan yang tidak dirancang ini membuat saya rasa truja juga melihat perubahan yang berlaku sejauh ini.
Kali ini kami berputar-putar secara sederhana dengan bajet yang terhad. Keadaan ekonomi negara menjejaskan juga ekonomi keluarga. Namun kami tidak menidakan Rahmat kurniaan Allah yang lainnya.
Malam pertama kami menginap di Ombak Boutique Hotel. Harga sebilik rm80 beserta sarapan yang juga sederhana hidangannya.
Kami makan malam secara sederhana juga tetapi teruja dengan pilihan
ulam-ulaman sebanyak yang kita suka.
Kenangan di Lobby Hotel Humaira
Di Tanah Merah kami tinggal di Humaira Hotel. Hatel ini selesa dengan harga rm169 semalam. Tetapi kami diberi tawaran istimewa mempromosi hotel baru dan kami bermalam hari kedua dengan bayaran rm1. Seronok mendapat tawaran seperti itu dan kami meronda Tanah Merah dan sempat ke Rantau Panjang untuk melihat dan shopping sedikit ala kadar.
Kami solat di Masjid Beijing dan duduk berehat di perkarangan Masjid makan ice cream.
Bila cerita ice ctream, tua muda sama sahaja minat seleranya....menyeronokan.
Pasar Besar Siti Khadijah kami pergi juga. Saya kurang kederat dan tidak menjelajah kesemuanya. Nampak cili padi kegemaran saya sudah mencukupi dan saya tunggu sahaja teman saya menjelajah banyak store yang diminatinya.
Pasti kami sampai juga di Pengkalan Kubur. Lawatan Nostalgia. Semasa bekerja dahulu pernah ke sini beberap kali. Tetapi kini sudah tidak dapat saya kenali. Bertambah besar dan sibuk dengan pengunjung yang membeli belah. Kami hanya membeli sekadarnya.
Tidak ketinggalan kenanganan dengan yang tersayang.
Di umur senja ini kami beringat bahawa melancung adalah sebahagian dari Sunnah supaya kita dapat menghayati kebesaran dan kekuasaan Allah.
Hanya Dia yang maha Pencipta.
Sudah kepenatan melihat kawasan Bebas Cukai. Lihatlah apa yang kami beli. Dua bungkusan pakaian wanita biasa sahaja. Kemudian kami naik kereta menuju Tumpat. Kami lalu sahaja. Bandar Tumpat kecil sahaja.
Jalan yang kami lalui menyusur pantai. Kami tidak berhenti kerana cuaca panas.
Foto ini kami rakam dari dalam kereta sahaja.
Kami pulang keesukan harinya. Ini di dewan berlepas untuk terbang pulang ke Subang.
Alhamdulillah. Allah kurnia kemudahan dalam perjalanan ini.
Alhamdulillah kami dapat ziarah bapa Widat dua kali. Semoga dapat memberi semangat
kesabaran dan keikhlasan menjalani ujian dari Allah.
Tiada kekuatan melainkan kekuatan Allah jua.
Allahuakbar.
..............
No comments:
Post a Comment