Kota Bahru adalah antara tempat yang saya rasa sentimental bila berpeluang untuk ke sana atas apa sebab sekali pun. Itu negeri To Guru Nik A. Aziz, antara ulamak yang saya sayangi dan amat hormati. Allahyarham tidak perfect tetapi beliau melambangkan semangat menuju kesempurnaan di dunia ini.
Bila mendarat di lapang terbang saya rasa gementar.....entah mengapa. Munkin teringat zaman saya kerja dahulu dan bila ke sana saya pasti cari jalan untuk melihat kediamannya di Pulau Melaka. Saya rasa dalam hidup ini tidak ada usaha yang mustahil jika kita berpegang teguh pada tali Allah. Saya banyak mendengari ceramah-ceramahnya dirakam. Tidak mendapat peluang untuk berhadapan. Tetapi semangat perjuangannya dapat dirasakan sama sahaja.
Dalam perjalanan dari Lapangan Terbang ke bandar Kota Bahru saya rasa seperti kekosongan dalam hati dan minda saya. Terasa amat sayu kini Tuan Guru sudah tidak ada. Lantas saya teringatkan kisah Sahabat Rasulullah SAW yang bernama Bilal Ibnu Rabbah RA yang menjadi tukang Azan di Madinah setelah ia dibebebaskan dari menjadi hamba sahya. Pastinya kita ingat kisah ia di dikhianati, disiksa dengan siksaan yang berat. Cerita Bilal sering mendebarkan hati saya terutamanya cerita setelah wafatnya Rasulullah SAW. Ia amat tersedih maka ia berpindah ke Syria meninggalkan Madinah, Kota Keramat baginya.
Dalam satu riwayat diceritakan bahawa suatu malam ia bermimpi didatangi Rasulullah SAW yang mengatakan baginda amat rindu pada Bilal kerana Bilal sudah tidak lagi datang ziarah ke Madinah. Bilal rasa amat terkesan dengan mimpi itu dan membuat keputusan untuk kembali ke Madinah. Apabila di Madinah Bilal diminta malaungkan azan seperti dahulu tetapi dia menolak hinggalah cucu Rasulullah sendiri, Hussain meminta Bilal berazan. Terkejut dan tercengang penduduk Madinah mendengarinya dan merasai seperti Rasulullah SAW kembali di sisi mereka.
Bilal terlalu sedih untuk tinggal lama. Dia pulang ke Syria dan dia meninggal dunia tidak lama selepas itu. (mohon maaf butiran cerita saya mungkin ada yang kurang tepat).
Sehubungan dengan ini teman saya memberitahu saya bahawa kami akan Kedataran Ilmu di Kota Bahru pada hari Sabtu yang lepas sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Teman saya sangat biasa dengan perihal program Tuan Guru Nik Aziz semasa hayatnya. Dia menceritakan keistimewaan Dataran Ilmu ini dan di situlah setiap Sabtu ada ceramah yang dapat menarik perhatian orang ramai untuk hadir sendiri mendengarinya. Saya rasa bersemangat berjalan menuju ke Dataran tersebut. Dalam perjalanan banyak jualan di gerai-gerai tetapi saya tidak ambil peduli hinggalah samapai masa naik kereta untuk balik ke Hotel.
Bilangan pengunjung di awal pagi belum ramai dan banyak tempat yang kosong.
Tetapi makin lama makin ramai seperti kelihatan di atas.
Penceramah pada awal pagi menerangkan pentingnya zikrullah untuk dunia dan untuk akhirat. Amat menarik ceramahnya tetapi kami tidak mengenali namanya.
Kami makan sedikit sarapan sambil mendengar ceramah dan saya sentiasa memerhati pengunjung yang datang. Saya perhatikan sebilangan besr yang datang ialah mereka yang berumur lebih 40 tahun. Kata teman saya semasa Tuan guru Nik Aziz dahulau ramai anak-anak muda dan amat sukar untuk mendapat tempat duduk.
Selepas makan kami beranjak ke kawasan duduk wanita. Tidak ramai pada pagi itu. Tidak seperti zaman Tuan guru Nik A Aziz.
Di dinding tempat duduk wanita saya ternampak berbagai mural menghiasi suasana.
Saya rakam 2 foto di atas sebagai contoh. Kalau saya di Kota Bahru
lain kali insya Allah saya pastikan saya akan datang
ke Dataran Ilmu ini.
Kami berada di situ hampir dua jam dan dalam perjalanan balik
ke kereta kami berhenti untuk membeli satu dua barangan kenangan.
Kalau bukan kerana kepenatan pastinya lama lagi saya di tempat itu.
Ada pertukaran penceramah. Saya rasa seronok berdampingan
dengan orang banyak Ilmu.
Ahad sampai masanya untuk terbang pulang ke Kuala Lumpur.Bag bertambah dengan pakaian kotor dan sedikit ole-ole.
Alhamdulillah.
Sampai di sini dulu.......
No comments:
Post a Comment