Kebelakangan ini saya sudah tidak bersemangat hendak bermusafir melihat negara orang. Mungkin kerana faktor umur. Mungkin juga kerana faktor lain yang saya tidak pasti apa. Cuma saya rasa saya tidak seperti "ketagih" hendaka keluar makan angin.
Sememangnya kita digalakan bermusafir untuk melihat sendiri kebesaran dan kekuasaan Allah swt. Maka apabila suami saya ajak bermusafir ke Australia saya setuju walaupun tidak rasa teruja. Bukan tidak bersyukur tetapi rasa biasa sahaja.
Dalam tahun 2012, suami dan saya bersama adik ipar nya serta sepepunya bermusafir ke Adelaide dan Melbourne. Di Adelaide kami tinggal di rumah seorang anak saudara suami yang sudah menetap tinggal di sana. Di bawah ini sedikit ingatan semula apa yang kami selusuri di Adelaide terutamanya yang mana kami tinggal dan bersantai selama seminggu.
Ini adalah foto burung yang unik dan haiwan yang menarik perhatian.
Di atas ini sebahagian dari tumbuhan-tumbuhan yang kami rasa ada persamaan dan ada perbezaan yang mengkagumkan kami. Saya rakam untuk di hayati anak cucu.
Cuma saya tidak ambil perhatian mencari namanya.
Bila ketagih bermusafir suami saya ajak pergi ziarah anak saudaranya sekali lagi. Kali ini dia di Perth. Oleh kerana kami mencari tambang murah maka in sya Allah kami akan ke sana awal September ini.
Begitulah karenah kaun warga emas. Dalam kederat yang
banyak kekurangan, masih ada kegemaran
berjalan-jalan cari makan....oooops, cari pengalaman.
Semoga ada sesuatu yang akan kami alami. Di mana jua kita berada,
cuba melihat sesuatu dengan mata hati. Menghayati kebesaran dan
kekuasaan Allah juga harus dilakukan melalui alam yang terbentang luas
yang Allah cipta khas untuk kesenangan kehidupan manusia.
Sekarang ini suami saya "ketagih" berjalan-jalan makan angin. Dia pilih Ausrealia.Kali ini hanya suami dan saya sahaja dan di sana nanti anak saudara yang akan memani kami di waktu-waktu yang dia tidak sibuk bekerja.
Ini adalah perancangan, Allah sahaja yang maha Menentukan.
Semoga Allah kurnia kenyataan yang indah sebagai wasilah memahami dengan mendalam lagi hakikat kewujudannya yang Esa dan mengapa kita diciptakannya.
Subhanallah, Allahuakbar.
......
No comments:
Post a Comment