"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, March 8, 2017

Ziarah pesakit tak dapat obat ?......


Dari awal pagi Selasa minggu lepas, saya bekejaran menyelesaikan semua yang perlu kerana pada jam 1 tengah hari kami akan menaiki Malindo Air untuk ke Kota Bahru menziarahi bapa anak angkat kami yang baru terkena stroke. Sudah lama saya tidak ke lapangan Terbang  Subang, maka pemergian ini merupakan suatu yang mencabar minda saya......karenah warga emas.





Alhamdulilah kami selamat sampai dan kelihatan suami saya tersandar berehat sebentar menunggu teman saya mendapatkan kereta sewa untuk kegunaan kami di Kota Bahru dan bandar tempat saudara yang sakit berada, iaitu di daerah Tanah Merah.

Alhamdulillah, mudah mendapat perkhidmatan sewa yang berpatutan harganya....Proton Wira.


Kami tidak berpeluang menziarahi pesakit di hospital kerana ia sudah dibenarkan pulang ke rumah. Ini foto bersama isteri pesakit yang bediri dua dari kanan dan anaknya, Widat di sebelahnya. Kami kira Widat seperti anak angkat kerana ia banyak berkhidmat membatu mengurus Tadika SmarTop yang kami bangunkan di Tangkak Johor. Widat membantu kami dalam banyak hal dan amat berterima kasih pada keluarganya.

Kami ziarah bapanya untuk eratkan semangat setia kawan dan dalam Islam kita digalakan zirah menziarahi si sakit. Siapa yang berbuat demikian Malaikat-malaikat akan mengiringi pengunjung pesakit dan Allah akan menggugurkan dosa si sakit dan juga yang mengunjunginya. Alhamdulillah, semoga ziarah kami mendapat redha Allah dan menjadi sebahagian dari amal soleh kerana sikap peduli pada yang memerlukan. Semua amal bakti adalah kerana Allah.

Namun kami terasa sedih kerana mengikut Widat bapanya tidak mendapat perhatian yang sewajarnya ketika di bawa masuk ke unit kecemasan. Tiada ubatan yang diberi walaupun nampak seperti ada sesuatu yang perlu dilakukan stetelah dijalankan pemeriksaan rutin pada pengidap sakit stroke. Saya takut hendak menelah sesuatu yang negatif sebab tidak mendengari dan melihat sendiri apa yang berlaku semasa dalalam unit kecemasan. Hanya cerita dari Widat yang kami dengari. Kami dimaklumkan  bapa Widat tidak diberi susu melalui tiub di hidung kerana katanya pihak Hospital tidak punya bekalan susu yang sesuai untuk bapanya. Maka bapanya tidak makan dari pagi hingga petang. Pihak jururawat tidak dapat menunjukan bagaimana mahu memasukan susu dalam tiub. Penerangan hanya dibuat secara lisan. Pihak keluarga terpaksa membeli susu di luar jika mahu melihat bagaimana ia di lakukan.

Keluarga Widat adalah peneroka FELDA KEMAHANG 3. Orang kampung yang biasa-biasa. Maka mereka agak terpinga-pinga bagaimana mahu mengurus bapanya nanti di rumah. Mereka dibenarkan pulang dalam keadaan keluarga tidak begitu bersedia. Mereka dimaklumkan bahawa bagi kes Stroke tidak ada prosidur lain. Mereka dibenarkan balik. (Samalah seperti disuruh balik dalam hati kecil saya).

Ditakdirkan keluarga Widat berfikiran panjang dan membawa bapanya ke Hospital Swasta berdekatan. (Lupa namanya). Mereka berpuas hati dengan rawatan yang dijalankan dan pulang setelah mendapat penerangan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.

Saya rasa seperti ada yang tidak kena dengan prosidur yang dijalankan di Hospital Kerajaan. Adakah kemungkinan bajet kewangan tidak mencukupi untuk merawat pesakit dengan lebih teratur. Saya mirip berfikiran bahawa rakyat tidak diberi layanan sempuran kerana Jabatan kerajaan serba kekurangan di musim ekonomi meleset kini. Mulalah saya berfikiran  "songsang" dan marah pada kerajaan yang tidak efisyen sekarang kerana semua perbelajaan kerajaan kini dikurangkan. Kebetulan saya adalah pegawai pesara perkhidmatan awam dan sedikit sebanyak maklum apa yang sedang berlaku.

Kami yang berkunjung rasa sedih dan khuatir. Kemelesetan kualiti perkhidmatan untuk rakyat makin ketara.....

Oh Malaysia ku.....

Saya berharap cerita seperti ini tidak tepat. Tetapi makin hari makin saya rasa seperti ia kes benar yang menggambarkan keaadaan yang mencemaskan pada kami warga tua yang selalu bermasaalah kesihatan. Namun warga muda pun boleh juga terjejas jika peruntukan perubatan tidak seperti dahulu. Entahlah.... kami hanya mampu melihat dan mendengar akan tindakan para pemimpin hari ini.

Ramai yang makin berfikiran kritis......

Semoga Allah terus mengasihani rakyat dan semoga rakyat mendapat pembelaan.........



.........

No comments:

Related Posts with Thumbnails