"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, March 7, 2017

Ziarah abang yang satu.....





Alhamdulillah, saya dapat ketemu dengan abang saya dan keluarga di rumahnya (dua minggu yang lalu) untuk sama-sama kenduri kecil mensyukuri segala nikamat yang Allah kurniakan. Dalam majlis kecil itu seorang ustaz dijemput untuk memimpin doa dan melakukan tahnik cucunya yang baru lahir.

Saya rasa teruja kerana jarang-jarang saya berbual-bual dengan abang saya yang seorang ini. Dia 5 tahun lebih tua dari saya dan hanya dia lelaki dalam adik beradik saya seramai lapan orang. Dalam umur dewasa tua ini banyak perubahan sikap ke arah positif dan kami selalu berceritakan hal keluarga di Pontian cuba menjalinkan kasih sayang walaupun berjauhan. Sebagai bekas pegawai tentera, disiplinnya tinggi. Walaupun saya banyak berbeza pendapat, (suatu yang lumrah antara manusia) saya akor sahaja dengan kehendaknya kerana dengan itu sahaja silaturrahim keluarga dapat diluaskan dan di panjangkan. Dalam ikatan silaturrahim, banyak pembetulan yang dapat dijlakukan. Alhamdulillah....Semoga ia menjadi wariasan positif untuk generasi akan datang. InsyaAllah...Aamiin.



Ini sebahagia dari keluarga kecil yang ada. Yang berbaju merah ialah isterinya dan yang berbaju hijau ialah anak sulungnya. 
Yang bertudung hitam di hadapan ialah cucu sulungnya.
Saya rakam pertemuan ini kerana saya inginkan kesatuan hati ahli keluarga berpanjanag demi mengingati pengorbanan Emak dan Bapak saya.
Tiada cucu-cucu yang bertemukan arwah bapak saya kerana ia meninggal dunia dalam tahun 1964.


Ini sebahagian lagi ahli keluarga yang sempat saya rakam.Yang 
berbaju hitam ialah menantu abang saya.
Semoga ikatan mesra keluarga berpanjangan hingga ke Jannah. 
Aamiin ya Rabb...


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails