Mendidik dan melatih anak-anak mengikut ajaran yang di wajibkan alQuran dan Hadith bukan suatu yang mudah terutamanya pada anak-anak yang pemikirannya dan kemampuan bertindaknya tidak serupa dengan anak-anak biasa.
Alhamdulilah, Allah hantarkan anak-anak istimewa ini pada keluarga saya semoga setiap ahli keluarga termasuk ahli keluarga besar dapat memahami dan menghayati apa erti kewujudan yang maha Pencipta, yang maha Mengurus dan yang maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Dan lebih penting semoga ahli keluarga juga dapat memahami mengapa kita diciptakan.
Anak perempuan saya sering menceritakan perihal anak-anaknya dalam whatapp keluarga. Pada minggu percutian sekolah yang baru lalu dia dan suami membawa anak-anaknya untuk beraktiviti luar mengambil kesempatan cuti yang panjang. Maka semuanya teruja dan tidak sabar untuk beraksi mengikut gaya fikir masing-masing.
Mereka lasak dalam banyak hal dan anak yang biasa pun terikut-ikut lasak. Dalam foto ini kelihatan mereka diajak solat di sebuah Masjid. Pakaian seluar mereka sudah tidak keruan kotornya. Anak saya tidak menjangka demikian dan tidak membawa pakaian untuk bersalin.
Maka bagaimana mahu solat.?
Anak saya ambil pinjam kain di tempat solat wanita dan memujuk dan memaksa mereka memakainya. Lihatlah......
Solat mesti solat....
Saya senyum sendirian membaca whatsapp kiriman dan saya kongsikan di sini sebagai satu pengalaman membesarkan anak-anak istimewa. Huzaifah terlalu aktif (ADHD) dan Akif Humaidi otistik. Adiknya anak biasa tetapi terikut-ikut perilaku abang-abangnya. Hanya perlu bersabar dengan keyakinan bahawa tiada ciptaan Allah yang sia-sia. Pasti ada hikmahnya.
Sama-sama kita fikirkan.
Cucu-cucu istimewa saya tetap segar di hati dan bersyukur kami dapat melihat sudut pandang yang lain dalam menjalani hidup ini.
Allahuakbar.
......
No comments:
Post a Comment