Semua orang tahu tetapi tidak yakin pada hakikat bahawa kita tidak tahu sebenarnya apa yang akan berlaku pada diri kita di hari muka. Kita melihat berbagai hal berlaku pada orang tua, namun dalam hati kita merasakan bahawa tidak mungkin perkara itu akan berlaku pada diri kita sendiri.
Sering kita rasa kita orang baik. Maka mana mungkin perkara yang tidak baik akan terjadi pada diri kita. Ini boleh dikira suatu andaian yang keterlaluan.....
Apabila kita tua barulah kita menyedari hakikat sebenarnya. Ramai antara kita yang tidak punya pilihan dalam menjalani hidup ini. Ada diantara kita yang sudah dididik oleh orang tua kita bagaimana kita harus bertindak jika sesuatu menimpa diri kita. Ada orang tua yang tidak mendidik anak-anak bagaimana mahu menghadapi masaalah yang dihadapi.
Apa pun, kita tidak tahu sepenuhnya mengapa keadaan berlaku demikian. Ketentuan Allah hanya Dia yang maha Mengetahui......
Tetapi jika kita ditarbiah dengan baik ketika kecil oleh ibu bapa yang berilmu, dan beramal berasaskan Iman dan Taqwa, maka masalah yang dihadapi dapat dilihat dari sudut yang benar dan yang hak. Jika tidak sempurna pun, kita tidak akan menjadi stress dan terkapai-kapai yang boleh mengakibatkan seseorang itu mengambil jalan yang sempit dan berbuat sesuatu yang tidak diingini, samada dari sudut biasa ataupun dari sudut Iman dan taqwa.
Sehubungan ini, saya ingin kongsikan satu peristiwa. Saya terkesan di hati melihat bagaiman seorang teman sebaya saya mengambil tindakan apabila ia samapai ke persimpangan jalan dalam hidupnya.
Ia bercerai dengan sebab suaminya telah mengambil keputusan untuk mengahwini wanita yang jauh lebih muda darinya. Dia tidak dapat menerima perkongsian hidup seperti ini dan setelah berfikir panjang dalam konteks prinsip Islam yang difahaminya dan mengikut nasihat mereka yang arif dalam hal ini, teman saya ini mengambil keputusan untuk hidup sendirian. Beliau tidak tahu sama ada ini keputusan yang terbaik bagi dirinya dan pada anak-anaknya yang kini sudah dewasa. Apa pun ia sentiasa berdoa memohon keampunan dan memohon petunjuk dar Allah yang maha melihat dan maha memahami apa yang nyata dan apa yang tersembunyi.
Dia meneruskan kerja-kerja amal yang sememangnya dibuat sebelum bersara lagi sama ada menerusi NGO yang dianggotainya atau secara terus dengan bantuan kekawan dalam kumpulan kecil yang kami sama-sama bentuk.
Dia sangat minat membantu anak-anak remaja atau yang tua sedikit darinya dari dahulu hingga sekarang Tumpunany ialah pada anak-anak muda yang terlibat dalam kesalahan kes JUVANA. Kumpulan anak-anak ini yang ramai terdiri dari anak sebangsa amat ketara sekali dan amat sedikit mendapat bantuan. Ada yang langsung tidak diambil kisah oleh keluarga.
Sering dia bercerita pada kami dalam kumpulan pada sessi dia mahu mendapatkan bantuan kewangan dari teteman yang berkemampun. Alhamdulillah ramai yang membantunya dari segi wang ringgit dan tenaga.
Ada yang menjadi supir baginya kerana teman saya ini sudah mengalami sakit lutut yang agak serious. Tugasnya mengikut jadual ialah memberi khidmat nasihat, mengadakan program motivasi dan juga cuba menyalorkan anak-anak Juvana ini dalam program yang lebih teratur yang memberi mereka harapan untuk berdikari apabila mereka dewasa nanti.
Semuanya teman saya ini buat berseorangan. Tiada lagi bantuan dari sang suami yang dahulunya amat rapat dengannya dan amat memberi sokongan. Tetapi teman saya tidak kecewa. Ia sungguh memahami bahawa kebergantungan hidup kita ini hanya pada Allah semata-mata. Ia yakin pertolongan Allah itu akan bersama dengannya kerena dia tidak ada rasa dendam pada sesiapa pun. Apa jua yang berlaku ia ambil sebagai ketentuan Allah yang pasti ada hikmahnya.
Dalam konteks ini suatu hari dia bertemu dengan anak-anak remaja/dewasa yang buta, tetapi bukan buta asli. Mereka menjadi buta kerana jenis penyakit yang dihidapinya. Untuk memendekan cerita , teman saya ini bergabung rapat dengan anak-anak muda ini dalam sessi yang dibuatnya dimana sahaja di Malaysia ini. Anak-anak yang buta ini menjadi sumber inspirasi pada anak-anak juvana kerana cereita-cerita mereka menjadi buta telah menimbulkan kesedaran bahawa apa jua masaalah yang di hadapi pasti ada jalan keluar yang Allah akan tunjuki. Kita hanya perlu bersifat sabar dan yakin bahawa Allah tidak menzalimi sesiapa asalkan sahaja kita patuh pada perintahNya dan laranganNya.
Saya amat kagum mendengari peristiwa-periatiwa yang dilalui olehnya dalam usaha membantu anak-anak Juvana. Teman saya ini sentiasa riang dalam menceritakan episod yang berlaku. Ia bercerita bukan dengan hasrat menunujuk-nunjuk tetapi dengan hasrat semoga ada teteman yang muda darinya mahu mewarisi kerja-kerjanya kerana kini ia sudah hampir kehujung jalan dan dengan sakit lututnya yang memerlukan pembedahan ia khuatir nanti tiada siapa yang mahu mewarisi tugasnya yang dirasakan amat penting pada anak-anak juvana yang tidak mendapat perhatian yang cukup oleh masyarakt dan mereka yang sepetutnya berwajib dalam hal ini.
Pada bulan Ogos nanti, in sha Allah, ia akn menjalani pembedahan lutut kirinya. Sekarang pun dia sudah bertongakt kemana jua dia berpergian. Saya pula yang berfikir-fikir tidakkah salah suminya meninggalkannya. Saya sering merenung wajahnya dan rasa terharu tentang kegigihan dan kecekalan hatinya menjalani hidup yang sedemikian tanpa sokongan suami.
Saya cubit diri saya supaya tidak merepek-repek dalam berfikiran. Dia bukan beseorangan. Yakinlah Allah sentiasa membatu dan Allah menggembirakannya kerana dapat membantu golongan yang terpinggir ini. Semoga Allah terima sebagai amalan yang mendapat ganjaran yang tidak terhingga di akhirat nanti.
Cerita ini hanya untuk renungan.....
Kebergantungan hidup kita hanya pada Allah jua.
Tiada daya dan kekuatan melainkan dari Allah yang maha Tinggi dan maha Agong.
.......
No comments:
Post a Comment