"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, April 23, 2017

Masih suka berbakti......




Diumur senja sebegini, bagaimana mahu berbakti pada anak bangsa? Pasti jarang kita fikirkan. Saya pun tidak terfikir bagaimana mulanya.

Satu hari seorang teman yang amat aktif dalam aktiviti qariah masjid bertanyakan sesiapa yang ingin mengambil bahagian menjadi "Story Tellers" untuk pelajar sekolah rendah di kampung saya sendiri, Kg Tunku Petaling Jaya. Saya rasa teruja untuk menyumbang tenaga yang sedikit ini dan ilmu mengenai cerita untuk anak-anak dalam Bahasa Inggeris. Maka kami yang sedikit bilanganya ini bertemu suatu petang di Cafe Masjd dan berfikir strategy bagaimana untuk menarik sukarelawan dan bagaimana hendak menentukan minat pelajar-pelajar akan tertumpu pada program ini di waktu sebelum masuk sessi petang.

Program ini adalah program dicetuskan oleh Ibu-Bapa pelajar sekolah teresebut dan wakilnya yang juga tinggal di Kg Tunku memaklumkan akan program ini  pada ahli qariah untuk sama-sama memunafaatkan masa demi kemajuan dan kecermerlangan anak-anak. Story telling ini disarankan dibuat dalam bahasa Inggeris supaya anak-anak yang kurang ketermpailan dalam bahasa itu akan dapat mencapai kemajuan.

Waktu yang di luangkan adalah antara jam 12.30 - 1.00 tengah hari. Pihak PIBG berpendapat waktu ini anak-anak untuk sessi petang sudah ramai datang dan untuk mengelakan mereka membazirkan masa, maka pihak PIBG telah membentuk program ini.

Syabas pada Ibu-Bapa yang prihatin untuk kemajuan anak-anak dan kemajuan negara umumnya.

Kini bilangan sukarelawan sudah ramai dan dijangka seorang pencerita akan menyumbang masa sekali dalam dua atau tiga minggu. Semuanya berumur lebih lima puluhan tahun dari suri rumah dan mereka yang telah bersara baru dan lama. Ketika ini yang paling tua dalam group sukarelawan ini ialah seorang ahli pendidik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Ia berumur 88 tahun dan masih ingin berbakti pada masyarakat dan negara. Dalam foto di atas dia yang di kiri sekali.






Kelihatan di atas antara pelajar yang berkumpul mengikut arahan guru untuk mendengari kami sukarelawan bercerita setiap hari sekolah melainkan Jumaat. Setiap kami mempunya cara sendiri bagaimana mahu becerita dan menarik perhatian kerana suasana yang ada tidak berapa conducive untuk acta "storytelling". Terlalu ramai pelajar yang terlibat, iaitu tahun 1,2 dan tiga.

Ini disedari oleh pihak sekolah tetapi buat sementara waktu kami kena akur dengan situasi yang ada.

Tidak mengapa berbuat sesuatu dalam keadaan sekeliling yang panas dan bising. Kami menggunakan pembesar suara tetapi masih belum dapat menguasai perhatian semua pelajar.

Kami bertekad jika tidak semua yang mendapat munafaat, sekurang-kurangnya pelajar yang di baris hadapan kelihatan seronok dan mudah merespond pada storyteller hari itu.

Kami menyedari hakikat kekurangan yang ada tetapi sanggup meneruskan usaha kerana jika kami menunuggu hingga kesemuanya sempurna, kita tidak akan memulakan apa-apa. Kita tidak berbuat apa-apa kerana terlalu cerewet. Kami buat yang sebaiknya kerana dalam usaha berbakti Allah sahaja yang menilai usaha sebenernya. Dalam hidup ini kita tidak tahu amalan mana yang Allah terima dan melayakan kita mendapat anugerah Syurganya. Tidak semesti amalan yang besar-besar sahaja yang Allah kira. Keikhlasan hati itu utama. 

Maka kami buat sebaiknya. Tidak lama lagi kami akan cuba berbincang balik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan program ini dan cuba membuat cadangan pada pihak sekolah. Mungkin kita pecahkan setiap kumpulan pelajar satu storyteller dan tidak mengumpulnya dalam satu kumpulan yang besar. Kami rasakan ada masaalah ruang di sekolah ini.

Tidak mengapa. Kami buat 'one thing at a time'. Buat, jangan tidak buat.

Itu dulu sedikit coretan orang-orang bersara yang tidak mahu mengurung diri di rumah. Kerja kebajikan sememangnya bukan mudah dan kerja sukarelawa sememangnya berat. Semoga Allah sentiasa menolong kami dan usaha ini diberkati.


...........

No comments:

Related Posts with Thumbnails