Secara relatif, saya sering pulang kampung
untuk ziarah kedua kakak saya ini
walaupun emak dan bapak sudah lama meninggalkan kami.
Saya yang bongsu dari lapan adik beradik. Tujuh perempuan dan satu sahaja lelaki. Seorang kakak
meninggal berumur 5 tahun.
meninggal berumur 5 tahun.
Baru-baru ini abang saya di diagnose ada ketumbuhan di kepala dan kami saudara mara datang menziarahinya.
Alhamdulillah, sakit mengeratkan lagi pautan kasih sayang dan silaturrahim dalam keluarga besar.
Sakit memberi kami kesempatan berharga untuk lebih berhati-hati dan serious dalam muhasabah diri.
Dalam rasa sayu, kami bersyukur ke hadrat Allah swt
yang menunjuki kami erti menerima kekurangan dalam
menjalin kasih adik beradik.
Manusia rata-rata suka melayani pemikiran dan kekadang terperangkap dan sukar menyedari pemikiran yang dipengaruhi unsur hawa nafsu. Ini boleh menggelincirkan
hubungan erat keluarga yang cuba dibina oleh emak dan bapak dari sejak lahir.
Saya selalu sahaja khuatir tentang hal ini.
Namun Emak menjadi benteng tegar dan kuat
buat saya untuk melihat
bahawa kekurang yang dilihat anak-anak sebagai
kelemahan adalah juga sumber kekuatan yang Allah kurnia yang tidak kami sedari hinggalah kami melalui sendiri liku-liku hidup yang penuh cabaran dan ujian.
Alhamdulillah. Fenomena sakit dapat mengarah fokus kami kepada berpegang teguh pada prinsip untuk mengambil segala penagalaman hidup dalam konteks
membuang yang keruh dan mengambil hanya yang jernih.
Kasihnya Ibu membawa ke Syurga
kasihnya saudara sama berada.
(Sama bertekad bahawa hidup ini sementara
dan kita harus lengkap melengkapi antara satu sama lain dalam perjalanan mencari Redha Allah jua.)

Saya ambil kesempatan merakam foto kami
berempat yang masih ada.
Dua kakak saya di Pontian Johor dan abang dan saya
di Shah Alam dan di Petaling Jaya.
Ini rakaman sejarah buat anak, cucu dan cicit
sebelah emak saya. Jika ditakdirkan saya pergi dahulu, foto ini semoga dapat mengubat rindu semua.
Demikian juga jika saya yang akhir
keseorangan menunggu masa.
Demikian juga jika saya yang akhir
keseorangan menunggu masa.
Semoga kami sentiasa dalam doa keluarga tercinta,
bahagia sejahtera di dunia dan di Alam Barzah sana. Dan semoga di Akhirat nanti kami dapat betemu
semula dengan belas kasihan kurniaan Allah yang
maha Berkuasa di Syurga FirdausNya tanpa hisab

dengan RahmatNya semata-mata.
Aamiin ya Rabb....
,,,,,,,
No comments:
Post a Comment