Kami rentasi hujan lebat dari Desaru lagi hingga ke Pengerang gara-gara mahu melihat projek Petronas yang dikenali dengan RAPID.
Dari Pontian Johor kami singgah sebentar menziarahi saudara mara yang kurang sihat. Di atas ini ialah abang ipar saya yang saya panggil Wak Amir. Dia tinggal di Kota Tinggi. Isteri barunya selepas kakak saya meninggal dunia duduk di kanannya. Saya rakam foto ini kerana mahu mewariskan peristiwa lawatan ke Pengarang untuk anak cucu saya yang di Kuala Lumpur dan dalam masa terdekat ini tidak mungkin dapat bersama mereka.
Anak buah saya Azrain memandu dan dengan penuh semangat ia mengajak kami melihat lokasi Rapid di Pengarang. Dia sudah disenaraikan oleh Petronas untuk bekerja di sana mungkin bermula 2018.
Kami rentasi hujan lebat yang amat sangat. Visibility amat dekat. Saya ambil foto dari dalam kereta tidak menjadi. Hanya foto ini yang menunjukan antara stretch laluan berhampiran pantai tidak jauh dari lokasi
RAPID yang amt besar.
RAPID yang amt besar.
Saya tanya Azrain apa itu RAPID. Panjang lebar penerangannya. Bagi orang macam saya dan kaka-kakak saya memadai mengatakan ia seperti PETRONAS di Kertih. Saya faham setakat itu. Cukup untuk warga emas seperti saya dan kakak-kakak saya.
Bila pulang ke rumah Petaling Jaya saya google untuk maklumat tambahan menjawab curiosity saya. Di bawah ini sedikat maklumat saya ingin kongsikan untuk rakyat biasa.
Butiran lanjut sila google sendiri.
Sudah lama saya tidak menjelajah negeri tempat kelahiran saya.
Kata Azrain sesekali bagus untuk kita melatihkan akal dan minda berfikiran serious. Bila sudah bersara selalunya ramai orang yang tidak ambil peduli untuk mencari ilmu di luar kepentingan harian. Jika kita tidak exercisekan minda sangat ditakuti kita boleh menjadi pelupa di umur tua dan bahaya jika kita tidak ada orang muda untuk memerhati dan menjaga kita.
Saya amat setuju dengan kata-kata Azrain. Walaupu tidak berapa faham dari segi teknilal apa yang diceritakan, saya cuba sedaya upaya. Saya bertanyakan itu dan ini. Kekadang Azrain gelakan saya kerana soalan-soalan itu agak tidak coherent dan susah hendak dijawab secara logiknya.
Tak ape lah. Walauapapun ia suatu penglaman yang baik buat saya dan kakak-kakak saya. Kami warga emas jarang-jarang di ajak berjalan sedemikian rupa kerana ramai befikiran isu merantau dan menjelajah fenomena baru sudah tidak penting. Tetapi bukan semuanya tidak penting. Akal orang tua sesekali perlu dicabar dan diberi cetusan mengejut dengan perkara-perkara baru semoga akal tidak menjadi lesu dan malas.
Alhamdulillah kakak saya yang kini berumur 78 dan 82 tahun masih belum dikira pelupa. Agak masih segar. Cuma penglihatan dan pendengaran yang kurang sedikit. Allah maha Mengasihani.
Alhamdulillah. Semoga anak-anak muda rajin membawa keluarga tua "makan angin" untuk menyegarkan fikiran disamping amalan-amalan khusus yang diajarkan oleh ustaz-ustaz.
Suhanallah Allahuakbar.

Kompleks itu akan menempatkan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) yang dimajukan oleh Petronas dan Terminal Petroleum Laut Dalam Bebas oleh Kumpulan Dialog dan Royal Vopak dan Setiausaha Kerajaan Johor Diperbadankan (SSI).
Apabila kedua-dua projek itu siapdan memulakan operasi masing-masing pada 2017, Pengerang akan berubah wajah sebagai hab minyak dan gas terkemuka di Asia Pasifik dan barangkali, setanding dengan Rotterdam, Belanda.
Tetapi apa yang lebih penting, perlaksanaan projek-projek terbabit sudah pasti memberi kesan besar dan positif kepada lonjakan ekonomi di negeri Johor khasnya dan Malaysia, khasnya.
Untuk RAPID, Petronas dilaporkan akan melabur sebanyak RM60 billion untuk membina dua buah pusat penapis minyak yang dapat menghasilkan 450,000 tong sehari dan perekah nafta sebanyak 3.8 juta tan setahun.
No comments:
Post a Comment