Hari kelmarin dulu
saya rasa agak tersedih.
Dalam satu majlis silaturrahim di Masjid, ada seorang ahli qariah itu bangun untuk memberi pendapat mengenai seorang Ustaz yang mengajar di Masjid itu. Ia mengatakan ustaz itu tidak layak memberi kuliah di hadapan orang-orang dewasa tua kerana gaya ceramahnya seperti menghina mereka yang hadir kerana dalam satu kes dia asyik mengatakan bahawa ramai antara kita yang seperti binatang ternakan. (itu pendapat sahaja)
Saya ada dalam ceramah itu. Ustaz itu sememangnya berulang kali menyebut apa yang disebut dalam alQuran bahawa jika kita tidak mengikut apa yang dituntut dalam alQuran maka kita adalah seperti binatang ternakan.
Ahli qariah ini menyebut juga beberapa contoh lainnya.
Isu yang saya ingin kongsikan di sini bukanlah sangat mengenai isi kandungan ceramah, tetapi mengenai cara ahli qariah ini membangkitkan isu itu. Saya berpendapat kita tidak seharusnya komplain mengenai mana-mana Ustaz dalam khalayak ramai tentang kelemahan-kelemahannya.
Di Masjid ada jawatankuasa yang mengendali hal-hal dakwah. Maka jika kita tidak setuju dengan cara seseorang Ustaz, kita seharusnya maklumkan sahaja hal itu pada jawatankuasa dan mencadangakan supaya Ustaza berkenaan diberhentikan atau apa jua tindakan lainnya. Kita disarankan untuk menutup aib saudaranya dalam Islam. Maka perbincangan terbuka amat tidak sesuai.
Pada pendapat saya ia berkaitan dengan Adab menuntut Ilmu dan adab Berguru. Guru yang dipilih oleh Masjid itu bertauliah, dan dalam kes ini ia seorang Hafiz alQuran dan punya kelulusan Phd.
Maka saya rasa kita harus berbaik sangka (pada mana-mana Ustaz sekalipun) kerana mungkin kita sendiri yang kurang berilmu dan kurang pengalaman dan pendedahan dalam usaha mencari ilmu. Maka kita kekadang tersasar pemahaman tentang apa makusd Ustaz sebenarnya.
Saya bangun memberi pendapat saya ini dalam majlis tersebut kerana saya rasa sebak mendengari kata-kata yang tidak wajar diperdengarkan secara terbuka. Kalau benar dan sohih Ustaz itu tidak bagus, maklumkan pada Jawatankuasa Masjid. Kita harus menjaga Adab setiap masa. Saya dididik begitu oleh Ustaz dari semasa saya muda lagi. Apa pun kita harus hormat pada guru kerana kita tidak tahu sepenuhnya mengenai semua bidang Ilmu dan hal-hal Dakwah. Saya pun tidak tahu sepenuhnya. Cuma saya dididik untuk hormat pada Guru.
Ketiga, para pelajar tidak boleh bersikap angkuh dan bongkak terhadap golongan intelektual dan guru. Adalah menjadi kewajipan pelajar untuk menyerahkan segala urusan berkaitan ilmu dan mematuhi serta menghormati guru seperti orang sakit yang mematuhi arahan dan nasihat doktor. Para pelajar dituntut bersifat rendah diri, baik sangka dan setia kepada guru serta sedia menawarkan perkhidmatan kepadanya. Oleh yang demikian, pelajar tidak boleh bersikap sombong dengan guru seperti tidak mengambil manfaat ilmu yang disampaikannya dengan alasan antaranya, beranggapan guru tersebut tidak mempunyai kelayakan akademik yang tinggi. Sikap seperti ini menunjukkan kebodohan dan kedangkalan pemikiran yang ada dalam diri seseorang pelajar. Sebaliknya, para pelajar seharusnya merasa terhutang budi terhadap guru yang mencurahkan ilmu yang memandunya ke arah kebenaran.
Foto di atas dan maklumat yang tertulis "ketiga" saya dapatkan
dari google sebagai maklumat umum sahaja.
Itu sahaja yang saya ingin kongsikan tentang rasa hati saya. Sila tegur saya dimana kekurangan saya dalam beradab pada Guru.
Semoga Allah menunjuki jalan dan semoga Allah memelihara kita
dalam usaha mencari RedhaNya.
.......
No comments:
Post a Comment