Dua atau tiga minggu dahulu suami saya sibuk menceritakan peri hal seorang ahli qariah marah-marah dengan nada kuat mengenai Masjid di tempat saya mengatakan ada ahli pegawai masjid yang tidak menjalankan tugasnya. Mereka yang dibayar gaji dan ditugaskan mengurus masjid tetapi tidak membuatnya dengan sempurna harus berhenti, katanya.
Terkejut suami saya mendengarinya.....
Saya pun terkejut dengan ceritanya itu.
Saya berfikir mengapa ahli itu harus marah-marah walhal masjid itu ialah tanggong jawab bersama. Pegawai masjid yang ditugaskan dengan bayaran gaji sememangnya bertanggongjawab atasamanah yang diberi padanya. Tetapi saya perhatikan di masjid itu kadangkala ada peristiwa yang memerlukan ramai orang tampil membantu sama.
Contohnya: Sekiranya ada urusan jenazah pada hari itu, sememangnya masjid dibanjiri oleh sahabat handai dan waris serta kenalan si mati. Maka akan banyaklah kerja yang harus dibereskan. Dan kita sebagai ahli qariah masjid tidak sewajarnya hanya memerhati dan mencari kesalahan pegawai-pegawai masjid yang sudah di bayar gaji.
Pada ketika Jenazah diurus untuk di bawa ke Tanah perkuburan sememangnya ketara keadaan lalu lintas yang agak tidak teratur dan menimbulkan kesesakan yang tidak seharusnya berlaku jika ada pegawai yang menyelia kenderaan di temapt pakir.
Seharusnya itulah yang patut berlaku. Tetapi tidak semua masjid yang mempunya jawatankuasa kerja yang berpengalaman dan tidak semua masjid mempunya bilang pengurus dan pembantu yang mencukupi. Maka saya rasa orang ramai yang hadir boleh sahaja tampil dan membantu mengurus apa sahaja yang tidak kena pada hari itu, atau pada hari-hari lain dan masaalah lain yang dihadapi diluar jangkaan.
Janganlah berkira untuk menyumbang tenaga di Masjid.
Relakan diri dan terus sahaja membantu semampunya.
Masjid adalah Institusi untuk kepentingan bersama. Bantulah dengan rela hati........
Teringat saya akan satu hadith dan saya cari dengan google dan terjumpa seperti di bawah ini:
أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ مَسَاجِدُهَا، وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللهِ أَسْوَاقُهَا
“Tempat yang paling dicintai oleh Allah adalah masjid, dan tempat yang paling dibenci Allah adalah pasar” (HR. Muslim)
Sumber: https://muslim.or.id/24526-tukang-sapu-masjid-bukan-orang-hina.html
َعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ -فِي قِصَّةِ الْمَرْأَةِ الَّتِي كَانَتْ تَقُمُّ الْمَسْجِدَ- قَال: فَسَأَلَ عَنْهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا: مَاتَتْ, فَقَالَ: “أَفَلاَ كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي”? فَكَأَنَّهُمْ صَغَّرُوا أَمْرَهَا. فَقَالَ: “دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهَا”, فَدَلُّوهُ, فَصَلَّى عَلَيْهَا.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu’anhu. Beliau berkisah tentang seorang wanita yang biasa membersihkan masjid (di masa Nabi).
Nabi shallallahu’alaihiwasallam, menanyakan tentang kabar wanita itu, para sahabat menjawab, “Ia telah meninggal.”
” Mengapa kalian tidak mengabariku?” Tanya Nabi shallallahu’alaihiwasallam kepada sahabatnya.
Para sahabat mengira, bahwa pekerjaannya tersebut tidak terlalu terpandang.
“Tunjukkan aku makamnya” Pinta Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam.
(Muttafaqun 'alaihi)
.........
Ayuh kita sumbangkan tenaga membantu masjid mengikut kemampuan yang ada. Jika tidak mampu sama- sekali maka kita doakan sahaja masjid itu akan mendapat perhatian yang sewajarnya dan akan berjalan dengan licin demi keselesaan ahli qariah.
Sehubungan dengan ini saya tahu akan seorang kawan suami isteri yang sentiasa ada perkakas membersihkan bilik air dan tandas dalam boot keretenya. Dimana sahaja mereka berhanti di masjid dan masjid itu kurang penyeliaan dalam hal-hal kebersihan, kedua teman saya dengan sukarela akan membatu membersihkan semampu mereka membuatnya pada hari itu. Saya kagum dengan kegigihannya. Tetapi belum dapat mencontohi mereka.
Namun saya rasa janganlah kita marah-marah dengan cara yang kurang adab hingga menyinggung hati mereka yang berkenaan. Setiap Masjid ada masaalahnya. Kita tolong sahaja tanpa banyak bicara.
Kita buat sebaik mungkin senyap-senyap mencontohi cerita wanita tua dalam cerita di atas itu.
Semoga kita tergolong dalam kategori seperti itu di mana jua dan bagaimana jua. Mohon kekuatan dari MU ya RAbb......
.........
No comments:
Post a Comment