"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, April 28, 2017

Detik laluan mendidik anak membesar....





Anak-anak saya suka update peristiwa yang berlaku pada 
anak-anak mereka dalam menjalani alam persekolahan. Di atas ini
kelihatan Ujai dan Akfif berlatih sejenak sebelum bermulanya pertandingan main chess peringkat sekolah-sekolah di Putrajaya bagi anak-anak istimewa.

Ujai mendapat tempat kedua dan Akif mendapat tempat ketiga. (yang menghadap kamera itu Akif) 

Saya sronok mendapat berita ini kerana untuk anak istimewa boleh bermain chess adalah satu perkembangan positif bagi mereka.
 Anak-anak yang biasa pun saya difahamkan ada yang
 sukar memahami game ini.
Alhamdulillah. Akif otistik dan Ujai overaktif.

Sayangnya di Malaysia ini setahu saya usaha kerajaan bagi golongan ini amat ketinggalan. Usaha terepi anak oku terpaksa dibuat dengan pihak swasta yang melibatkan kos yang agak tinggi.
Anak saya seharusnya menyusun bajet keluarga untuk memberi keutamaan pada anak-anaknya yang istimewa.



Anak-anak istimewa seperti Akif dan Ujai ini agak mencabar minda 
ibu-bapa yang semestinya berfikiran berlainan. Kami difahamkan
 stuktur  otak anak-anak ini berlainan. Sebelum berkali-kali 
menjalani terepi, Ujai cepat mengira tetapi lambat membaca. 
Akif agak lambat kedua-duanya tetapi agak lebih dalam
 hal-hal yang berkaitan dengan  teknologi. Dia lebih fokus hal-hal
 seperti itu dan lebih kreatif cara mereka sendiri.

Kelihatan di atas ia cuba memegang dan merasi kulit ular sempena lawatan sekolahnya ke Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Lihat mukanya....macam teruja dan macam takut.
Aktiviti seperti ini bagus untuk anak istimewa.




Di atas ini lain pulak ceritanya. Dia anak normal tetapi suka menguji sesuatu dan suka meng"explore" apa jua yang menarik perhatiannya.
 Tanpa disedari suatu hari dia mencuba naik mesin exercise ayahnya 
di rumah....treadmills seperti di bawah ini.

Image result for photo of treadmills


Entah macam mana di tersepit dan tangannya terheret
hingga luka yang perlu rawatan yang serious kerana
 kulit tangannya perlu diganti dengan 
kulit baru. Dia menjalani pembedahan mengambil kulit dari
 pehanya untuk ampal pada tangannya. 
Kelihatan foto diatas ibunya membawa dia putar-putar sedikit
 di Hospital Kuala Lumpur bila boring di katil pesakit.
 Ia tinggal disana hampir 10 hari
dan ketika saya menulis ini ia belum pulih sepenuhnya. 
Tetapi ia dibenarkan pulang ke rumah dan berjumpa
 doktor ikut jadual yang ditentukan.

Lamalah dia tidak bersekolah. Uwais, namanya, sekarang dalam
 tahun dua di sekolah Rendah di Puchung Perdana. 




Yang ini Ammani Farissa namanya dan tinggal dengan saya. 
Dia okay secara keseluruhannya.
Cuma saya agak cerewet supaya dari awal lagi Ammani harus
 mula berpakaian yang syar'e. Di sini kelihatan di pergi sekolah tadikanya untuk ambil bahagian dalam pertanding "choral speaking" 
yang dianjurkan oleh pengurus Tadikanya.
 Mummynya memakaikan baju seperti di atas dan saya mula
rasa selesa. Semoga ia terus memahami 
mengapa perlu berpakaian begini.


Berbagai karenah mendidik cucu-cucu saya. Saya selang-seli bercerita untuk berkongsi pengalaman dan mengingatkan diri
 bahawa melentur buluh itu biar dari rebungnya.
Bukan mudah kerana pengaruh TV, pengaruh luaran,
 pengaruh teknologi dan berbagai lagi faktor sememangnya
 mencabar semua kita yang dikelilingnya.

Mengikut Shaikh Hamza Yusuf, seorang Ulama berbangsa Amerika
mengatakan bahawa pengaruh TV lebih banyak buruknya
 dari baiknya. Program kanak-kanak yang biasanya seperti nampak baik, tetapi ia boleh menarik perhatian hingga kanak-kanak
 tidak mahu renggang dengannya.
 Begitu juga dengan Cell phone. Kartoon dan games yang 
dipromosikan pun amat bahaya pada pemikiran kanak-kanak.
Di negara Malaysia ini belum banyak diperkatakan, 
atau pun sudah banyak diperkatakan tetapi ibu-bapa masih
 lagi terperangkap dalam dakyah halus yang dibawanya.

Orang dewasa pun begitu juga.
Banyak program yang membunuh kepintaran berfikir, 
atau dengan lain perkataan , program yang mematikan fikiran 
masih memukau ramai orang dewasa. Saya tidak berhajat
 berhujah panjang lebar, cuma saya
sudah mula menyedari betapa betulnya kata
 Shaikh Hamza Yusuf itu.
Tetapi masih belum berjaya membuat orang Islam terutamanya
berfikiran lebih waras atau lebih bijak dalam hal ini.
(bolih lihat Shaikh Hamza dalam UTube juga).

Katanya kita kurang mengisi masa kita meningkatkan tahap Ilmu
berkenaan Islam sebenarnya, dan yang sudah berilmu pun masih belum cukup beramal dengannya. Shaikh Hamzah cuba membawa perhatian kita supaya mencontohi bijak pandai di zaman Rasulullah saw dan di zaman lahirnya intelektual Islam yang membina ummah
 ke tahap yang disegani oleh kaum lain.

Ayuh kita berfikir sejenak mengenai hal ini. Semoga kita maju
di dunia dan  sejahtera di akhirat.
Kita mohon kebijaksanaan dan kekuatan dari 
Pencipta yang maha ESA.
Mohon Hidayah Mu ya Rabb...


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails