"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, April 8, 2017

Jangan berkira Kasih......








Ini saya dengan cucu saudara saya. Amy namanya. Dia cucu kakak saya yang sulung yang telah lama meninggalkan kami. Hampir dua minggu dulu saya dan beberap ahli keluarga besar dari Pontian dan Shah Alam pergi ziarah keluarga arawah anak saudara saya yang baru meninggal dunia di Kota Tinggi kerana katanya Amy sakit tenat.

Ceritanya amat membimbangakan. Katanya para pakar di hospital di Johor Bahru tidak dapat berbuat apa-apa kerana sakit jantungnya amat kronik. (Itu fahaman orang biasa). Jantungnya bengkak hampir tiga kali ganda kerana 
Injap jantunya bermasaalah. Mereka adalah keluarga yang kurang berada dan tinggal di FELDA Air Tawar 4 sudah beberapa tahun lamanya. Dia dihantar pulang dalam keadaan amat mebimbangkan dengan bekalan ubat-ubatan yang diharapkan dapat menangani masaalah Injap dan mungkin dapat membuat Jantungnya pulih dan tidak lah lagi bermasaalah susah bernafas.

Alhamdulillah....Allah maha Mengasihi dan maha Mengasihani. Semasa kami ziarah nampaknya dia sudah beransur pulih. Boleh bernafas dengan baik. Ia harus berjumpa Doktor awal Mei untuk tindakan rawatan seterusnya.

Apa yang ingin saya kongsikan ialah betapa susah kehidupan orang Felda jika terpaksa mencari dana untuk merawat sakit yang kronik lagi serious. Kami tidak berkira dan menyumbang semampunya. Jauh dari mencukupi tetapi iringan doa yang kami susuli.

Mereka tidak pernah menziarahi kami di Shah Alam atau di Petaling Jaya. Hanya berhubung melalui telifon dan kekadang berjumpa jika ada kematian saudara mara yang berdekatan di Johor. Hubungan kasih tidak terputus.

Berbagai masaalah yang dihadapi penduduk Felda. Ini hanya sebahagiannya. Tetapi di Media massa hal-hal seperti ini jarang sekali didengari atu mungkin tidak didengari. Perhatian berfokus pada yang bermewah-mewah yang mendapat habuan dari sumber yang saya tidak tahu.

Tidak mengapa. Kebergantungan kita hanya pada Allah. Jika kita taat pada perintaNYA maka yakinlah Allah akan turunkan pertolonga





Dalam pada itu kami ambil kesempatan menziarahi keluarga arwah kakak saya di Kg Jawa Kota Tinggi. Saya panggil dia Wak Amir. Itu nama kesayangan. Waktu itu ia sakit kaki dan hampir amat susah berjalan. Allah maha kasih dan ditakdirkan ia mendapat jodoh wanita umur lima-puluhan menggantikan tempat kakak saya.Ia dijaga dengan baik. Dia meraikan kedatangan kami penuh ceria dan menghidangkan kami berbagai juadah. Terhibur juga hati Wak Amir saya.

Cuma ia sentiasa bersedih hati kerana anak-anak dan cucu-cucu jarang sekali menziarahinya walaupun tinggal berdekatan. Semoga Allah tidak memberatkan mereka kerana mungkin mereka terlalu sibuk dengan urusan keluarga masing-masing. Siapa yang tahu........

Hanya seorang sahaja yang sering datang. Tetapi Wak Amir amat bersabar dan cekal dalam menjalani hidup. Ia adalah Imam gantian di Surau berdekatan rumahnya. Tetapi sekarang kerana keuzurannya, ia berjemaah dengan isterinya sahaja di rumah. Jarang-jarang sekali ke Masjid atau surau.

Saya berdoa semoga anak-anaknya Allah beri hidayah untuk lebih peduli pada orang tuanya. Ibu dan bapa adalah "jalan Pintas" ke Syurga. Rugilah mereka yang tidak ambil peduli. Semoga Allah mengampuni.





Di atas ini ialah keluarga arwah kakak saya yang kedua tuanya dan telah lama meninggalkan kami. Hubungan mengeratkan kasih seperti ini saya hargai kerana saya dan suami pun sudah melebihi 70 tahun mengikut hitungan tahun Hijrah. Semoga dengan izin Allah kami dapat sering bertemu. Rumah mereka di Kg Melayu Majidee, Johor Bahru. Sudah banyak perubahan pada kampung itu. Sudah tidak sama seperti semasa saya menumpang kakak saya semasa bersekolah di English College dalam tahun 1965 dahulu.





Ini dulu kisah keluarga kali ini. Semoga Allah akan sentiasa melindungi kami dan sentiasa memudah urusan kami dalam berusaha dan beramal mencari Redha Allah. Di atas ini saya di tengah dan dua kakak saya yang tinggal untuk menggariskan legacy bapak dan emak saya. Semoga Allah memberkati. Kebergantungan kita hanya pada Allahnya jua.


.........

No comments:

Related Posts with Thumbnails