Ini taman mini di hadapan rumah sewa kami di Bandar Baru Tangkak. Harus ada kehijauan supaya segar mata memandang.
Di dalam bagaimana ye?
Di dalam partner saya memikirkan suatu style "Make Over" yang mudah tetapi menceriakan......Syok sendiri...
Ta...Da !....
Ini ruang makan, biasanya untuk empat orang sahaja.
Dikemas rapi dan syahdu rasa dihati dan
senang mata memandang.
Dewan berehat kecil sahaja dan biasanya hanya suami partner saya yang duduk membaca buku.
Jarang-jarang sekali kami ada tetamu. Kami banyak berurusan di pejabat Tadika SmarTop
yang hampir di bandar Tangkak.
Kami perlu menyewa rumah seperti ini kerana kemudahan hotel adalah mahal berbanding apa yang kami sewa ini.
Kami membayar sewa rumah kosong sebanyak rm500/- sebulan. Alhamdulillah Allah kurnia kemampuan.
Ini suatu sudut hiasan sahaja. Partner saya ini sekarang berminat menghias rumah
dengan pokok bunga kehijauan. Syabas!...kata saya.
Ditakuti mati tiada yang urus jika ditinggal balik
ke Shah Alam buat beberapa hari.
Ini sahaja kami dapat selitkan keseronokan kami
dalam kesibukan mengurus Tadika dan Taska
SmarTop Subur Fitrah kami yang akan masuk 6 tahun
insya Allah pada tahun 2018 nanti.
Mohon kami didoakan terus dapat berusaha untuk
Ummah kerana Allah jua.
.........
No comments:
Post a Comment