Sumpah saya tidak akan undi......
Terngiang-ngiang dalam ingatan saya kata-kata itu yang makin lama makin nyata walaupun pada fitrahnya bila umur meningkat maka ingatan harus menjadi kabur dan luntur.
Siapa yang kata tu?
Oh....Isteri taukeh kedai runcit yang selalu saya kunjungi. Ini disebut dalam 2 minggu yang lalu. Saya sering beli barang dan entah mengapa kali ini saya merungut: "Kenapa semua barang mahal sekarang?....."
Dia cuma senyum....senyum tawar.
Tiba2 dia kata: "Sumpah saya tak kan Undi......kali ni".
"Eh jangan sampai bersumpah pulak..." kata saya. "Kita doa saje ada calon yang kita rasa lebih berwibawa dan berjiwa rakyat yang kita boleh pangkah untuk pilih dia.
Itu sahaja yang saya katakan dan bergegas keluar kerana tidak selesa mahu becakap lanjut. Sudah banyak diceritakan di media sosial mengenai perihal ekonomi negara yang makin merosot. Petanda bagi orang seperti saya ialah harga barangan naik dan perkhidmatan untuk rakyat sudah tidak secantik dahulu.
Itu sahaja.........
Cuma saya ingin kaitkan hal seperti ini dengan cara manusia berfikir dan bertindak. Rata-rata apa jua yang dikatakan dalam media massa kita akan percaya. Tetapi bila bajet belanja dapur pun perlu kita sekat dan berjimat, maka pastinya ada benda yang tidak kena.
Makin hari makin kita dengari betapa malangnya rakyat Malaysia kini. Bacalah dan dengarilah sendiri.....
Teguran demi teguran dibuat semoga kepimpinan menjadi lebih peduli. Tetapi hingga kini saya belum nampak bukti keadaan akan menjadi seperti yang dijanji.
Jika kita tidak Ikhlas maka lama kelamaan hati akan menjadi Keras......
Tidak dapat melawan hasutan Syaitan. Manusia bolih menjadi sombong dan manusia boleh menjadi pendusta. IBLIS adalah makhluk Allah yang pertama yang menunjukan kesombongan dan keangkuhan. Iblis mendabik dada mengatakan dia lebih baik dari ADAM. Dia melawan kehendak dan arahan Allah swt.......Kita semua sudah maklum cerita selanjutnya dan hingga hari ini
manusia sentiasa di hasut Iblis Syaitan hingga ada manusia yang tidak menyedarinya dan beranggapan dia manusia terbaik, terpandai dan terbilang dan memaksa manusia lain mematuhi kehendaknya.
Dalam sejarah Firaun adalah antara makhluk yang sombong dan angkuh dan kesudahannya pun kita sudah maklum. Namun kita perlu ceritakan pada anak-anak kecil, remaja dan anak-anak muda yang belum terdorong mencari ilmu ke arah itu.
Allah swt telah berfirman:
Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
(Al-Hadiid 57:16) | Bacalah sendiri tafsir ayat itu yang panjang lebar dalam kitab-kitab atau dari mulut-mulut Ustaz di Masjid-masjid di mana jua termasuk juga yang dalam Utube. Kita rakyat yang tidak mahu dizalimi. Itu sahaja yang dapat saya rumuskan dengan ringkas. Maka ayuh sama-sama kita berdoa Allah melepaskan kita dari musibah haru biru kehidupan rakyat yang ada kini. Kita tetap bersyukur atas semua kurniaan yang ada sebab kita belum sampai ketahap kebuluran dan merempat tiada kediaman. Bersyukur tetap bersyukur atas apa jua ketetapan Allah. Semua ada hikmahnya.
AlQuran mengatakan Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang berusaha mengubahnya. Ayuh kita berusaha kuat untuk membuat perubahan......kita Hijrah.
Semoga Allah mengurnia kesabaran dalam menghadapi ujian dan semoga Allah menunjuki jalan. Yang benar itu benar dan yang batil itu batil. Semoga Allah juga mengurnia kekuatan dan kebijaksanaan dalam usaha bersama kita semua....
Aamiin ya Rabb......
.......
No comments:
Post a Comment