"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, October 7, 2017

Teman baru SENI kitar semula......






Lebih 10 tahun yang lalu teman saya ini , Datin Noraini, aktif dalam bidang seni bahan kitar semula. 

Hari Rabu lepas dalam perjalanan pulang dari Tangkak ke Petaling Jaya dan Shah Alam, teman saya ini mengatur satu pertemuan dengan partner lama dalam kegiatan seni untuk berjumpa di Lukut, Negeri sembilan. Saya rasa teruja bila disebut Lukut kerana semasa saya bekerja dulu saya sering ditugaskan ke Lukut untuk program pembangunan sekolah-sekolah. Lukut dahulu dan Lukut sekarang sudah amat berbeza. Sudah banyak bangunan komercial dan laluan kereta juga agak sesak untuk bandar taraf sebegitu.

Kami berjumpa di Restoran SECRET RECIPE. 

Mereka berdua bercerita hal-hal lama dan berkongsi pengalaman mengenai peyebaran kerja seni dalam bidang bahan kitar semula. Mereka gelak ketawa dalam bercerita. Saya mendengarinya dan agak rasa ketinggalan kerana saya bukan orang seni. Namun saya pernah pergi dengan partner saya Datin Noraini ini ke Sri Langka suatu masa dahulu untuk memperkenalkan bidang seni ini untuk suri rumah tangga atau orang-orang perseorangan yang berminat kerana hasilnya boleh dipasarkan. Modalnya juga tidak mahal.Program kami waktu itu di aturkan oleh seorang pegawai Kedutaan sebagai aktiviti kemasyarakatan.

Alhamdulilah Seni kitar semula ini berterusan walaupun agak tercabar dengan  adanya tekonologi baru dalam bidang pembuatan. Seni seperti ini dikhuatirkan boleh pupus begitu sahaja terutamanya kerana pihak kerajaan pun tidak lagi mahu bergiat aktif dalam bidang ini.

Tidak mengapa. Hari itu kami bermesra dengan berbagai cerita. Teman yang baru saya kenali ini amat pelembut dan ceria orangnya. Sudah berumur hampir tujuhpuluhan tatapi masih anggun dan tidak dapat menyangka yang ia sudah masuk warga emas. Kalau selalu ceria dan ditambah pula dengan nilai seni di dada, maka perwatakannya amat disenanggi walaupun saya baru berkenalan dengannya. Saya membawa pulang bakul yang bewarna kuning seperti di atas dan Datin mengambil yang bewarna merah. Saya rasa seronok dapat membuat orang lain seronok.

Sesiapa yang ingin mendapatkannya boleh menghubungi:

       Best Lean Trading,
       Handycraft Center.
       Tel; 012 3206631 atau 012 6988071.



Sampai di sini dahulu........


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails