"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, October 1, 2017

Bertenang.....






Sesekali kita harus bertenang, cari ketenangan, berseorangan dan berfikir-fikir sepertinya muhasabah diri. Banyak perkara dan peristiwa di sekeliling kita yang menjadikan kita tertekan dan menjadikan kita rasa tersedih dihati. Tetapi ingatlah juga bahawa sikap mahu atau suka berseorangan boleh menimbulkan fitnah kerana ramai kita yang msih terperangkap dalam fikiran suka berburuk sangka.

Tidak mengapa..... kerana jika sentiasa mahu menghiraukan apa orang lain kata, kita tidak akan boleh bertindak dan maju ke hadapan. Apa pun yang kita fikirkan saya memegang prinsip bahawa buat sahaja yang terasa dihati asalkan sahaja apa yang kita kata atau apa yang kita bicarakan dan apa yang kita lakukan itu akan membawa kita hampir pada Allah. Allah itu maha mendengar dan maha melihat. Allah tahu apa yang nyata dan apa yang tersembunyi. Kita harus yakin dengan prinsip itu, dan jika kering kontang dalam fikiran kita buat seketika atau beberapa waktu, maka lebih baik kita diam sahaja. 

Bukan mudah untuk berdiam sahaja. Ada diantara kita yang suka ambil risiko yang berat walaupun di akhirnya ia akan menimbulkan penyesalan. Tetapi setengah orang kata belum cuba maka belum tahu.







Maka rentaslah apa jua yang ada di hadapan kita, (semak samun dan apa jua, ibaratnya) untuk mencapai apa yang difikirkan baik. Namun kita berwaspada kita tidak menyakiti orang lain dan tidak merampas hak orang lain. Ada batas-batas hidup yang harus dipatuhi. Pastikan akal kita tidak dangkal. Ada manusia di sekeliling kita yang tidak mahu berfikiran yang waras. Katanya "Tujuan menghalalkan cara. THE END JUSTIFY THE MEANS". Konsep ini salah sama sekali. Dalam Islam tujuan mesti halal dan cara juga mesti halal.

Baru-baru ini seorang teman mengadu bahawa sering kali orang tidak memahami cara ia bertindak dalam meyelesaikan sesuatu masaalah. Saya kenal sangat teman saya ini. Dia berjawatan professional yang baik sebelum bersara. Prinsipnya "Call a spade, a spade..." No need to beat round the bush". 

Saya katakan jangan gunakan prinsip ini setiap kali. Kita lihat keadaan. Guna juga prinsip: "A ROSE IS A ROSE BY ANY OTHER NAME". Dengan cara ini kebarangkalian kita selesai masaalah lebih baik. Kita tidak seperti "cari gaduh", sebab kita pegang juga prinsip "SELESAI MASAALAH TANPA MASAALAH". Jangan kita berbuat sesuatu yang menyebabkan lebih banyak masaalah yang datang dan masaalah yang ada pun tidak dapat diselesaikan.

Ini sahaja sedikit coretan saya kali ini. InsyaAllah kita jumpa lagi. Saya becadang keluar kawasan dan semoga Allah mudahkan segalanya yang saya jangka saya akan lakukan demi kesejahteraan ummah kerana Allah.


.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails