"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, October 8, 2017

Suatu pagi di ladang Cendawan .....




Pertama kali saya melihat cendawan dari tempat semaiannya.Ini cendawan  Avalon  dan saya melawat ladang itu dengan partner saya pada hari Rabu minggu lepas. Saya suka makan cendawan dan rasa amat teruja bila diajak ketempat itu, iaitu di sekitar Rantau Negeri Sembilan.

Kami sampai ditempat itu jam 11 pagi lebih kurang setelah sesat barat. Akhirnya berjumpa dan kami rehat seketika untuk minum kopi dan makan cendawan bergoreng sebelum melihat tempat 
percambahan cendawan atau 'culturing shed'.




Cendawan goreng sedap rasanya dan mirip "french fries". Anak-anak kecil dan remaja pasti gemar rasanya. Saya iklan sekarang kerana pengusaha ladang ini (berdiri di kanan sekali) gigih orangnya dan menjaga quality tanpa soal.




Ini tempat percambahan. Saya tidak banyak soal mengenai hal-hal teknikal kerana minat saya dan partner saya ialah untuk menilai 
sama ada ia suatu yang menguntungkan jika kami menjadi ajen
 pengedar untuk menambah Dana SmarTop kami.
 Maklumat yang ada sudah mencukupi untuk kami membuat perancangan.




Tempat percambahan cendawan ini sememangnya gelap sedikit dan 2 foto di atas dan di bawah ini saya lihat amat menarik perhatian saya. Masya Allah. Kebesaran dan kekayaan ciptaan Allah amat mengkagumkan.




A022
Dia lah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).





Kami diberi peluang memungut sendiri cendawan yang sudah 
matang untuk kami bawa pulang.
Teringat peristiwa "apple picking" semasa di perantauan dahulu semasa remaja dan menutut ilmu di negara orang. Sekarang pengalaman lain pula.
 Allah maha kaya dan kami harus mematuhi segala peraturanNya.




A003


Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(At-Talaaq 65:3) | 


Demikian catatan ringkas suatu pagi yang bermunafaat. Semoga Ladang itu terus maju dan kami dapat berkongsi rezki. Allah mengajar kita supaya jangan tamak kerana orang tamak itu selalu rugi. Jangan sombong dengan kuasa yang Allah pinjamkan kerana bila-bila masa sahaja Allah boleh tarik balik. Ayuh sama-sama kita berdoa semoga apa yang Allah anugerahkan pada kita jangan kita lupakan dan beranggapan itu semata-mata kerana usaha kita.

Tidak......

Allah maha berkuasa atas apa yang ada di Langit-langit dan di Bumi.
Usaha kita semata-mata merupakan pengabdian pada yang maha Pencipta dan yang maha Berkuasa.



........

No comments:

Related Posts with Thumbnails