"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, October 6, 2017

I want to be a teacher,...Embah.






Ini Amani Farissa, cucu saya berumur 6 tahun. Insya Allah pada tahun 2018 ia akan memasuki tahun satu di Sekolah Kebangsaan berdekatan rumah. Kami tidak mampu untuk menghantarnya ke sekolah swasta yang kami rasa ada yang baik baginya.

Tidak mengapa saya katakan pada ibunya. Kita buat yang terbaik dan berdoa semoga Allah akan mengurniakan sesuatu yang terbaik yang tidak pernah kita sangkakan. Usaha kita harus luar biasa kerana kini dunia pendidikan amat mencabar minda mereka yang berkepedulian. Yang kurang tahu dan kurang peduli tidak pernah atau jarang sekali mahu berfikir sama ada apa yang Kerajaan bagi dari segi semua aspek pendidikan sudah mencukupi.

Baru-baru ini saya terkejut tetapi tidak begitu hairan apabila seorang pakar pendidikan dari Bank Dunia mengatakan quality pendidikan di Malaysia sudah menurun dan mengatakan bahawa Pendidikan di Vietnam adalah lebih baik. Semoga kata-kata ini tidak betul dan tidak terbukti. Maklumat itu dari kiriman di Whatsapp dan saya mengharapkan berita itu salah sama sekali.

Ammani cucu saya ingin menjadi seorang guru katanya pada saya dan foto di atas saya rakam pada pagi ia ke sekolah Tadikanya untuk diceritakan dalam program "Occupation Day". Tidak sedap bunyi program itu kerana kita harus memperkenalkan konsep kerjaya dan bukan konsep satu pekerjaan.

Hari ini terdapat banyak "school of Thoughts" dalam bidang pendidikan. Ada yang mahu menekankan hafazan alQuran sebelum pelajaran akademik dan ada yang suka dua perkara itu jalan selari. Tetapi ada juga yang suka pendidikan agama dititikberatkan diperingkat apabila seorang anak itu sudah menunjukan kematangan dan boleh memikul pemikiran yang berat-berat. Pada saya yang pastinya ialah mendidik anak itu adalah seperti melentur buluh. Maka itu biarlah ia dibuat dari rebungnya.

Sebenarnya perbincangan mengenai pendidikan tidak boleh dibuat dalam ruang Blog seperti ini kerana ia perlu masa dan ruang yang luas dan perlu mendengari berbagai teori dan strategi. Maka saya berhenti disini sahaja mengenai cita-cita Ammani. Saya katakan padanya itu bagus dan hati kecil saya berdoa mengharapkan laluan yang akan ditempuhi olehnya Allah kurnia yang tepat dan terbaik seperti yang ditekankan dalam alQuran Surah Luqman. Apa jua teori dan strategi ia tidak boleh lari dari arahan Allah untuk menitik beratkan soal mentauhidkan Allah. Lihat ayat berikut sebagai akhir kata saya.Ini anak kunci pendidikan.

A013
Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".
(Luqman 31:13) | 


.......

No comments:

Related Posts with Thumbnails