Bertemu dan berpisah itu suatu yang lumrah dalam melayari kehidupan. Di tangkak minggu lepas kami mengucapkan selamat bersara pada Chef kesayangan kami. Nama kesayangan chef kami ialah Tok Mak.
Dalam foto ini Tok Mak berdiri no 3 dari kanan beserta sebahagian dari anak-anak SmarTop. Berumur hampir 66 tahu Tok Mak berkhidmat hampir enam tahun dengan SmarTop. Tok Mak masih ada talian persaudaraan dengan Partner saya dan kerana itu ia sanggup bekerja dengan kami walaupun umurnya sudah agak senior.
Dia sedih meninggalkan kami dan kami juga rasa sebak berpelukan
mengucapkan selamat tinggal. Saya katakan padanya semoga dapat bertemu lagi. Jika ini pertemuan terakhir marilah sama-sama
berdoa semoga kita dipertemukan semula di Syurga Firdaus
Kurniaan yang Maha Pencipta dan dengan Rahmatnya semata-mata.
Patah tumbuh hilang berganti. Tetapi belum
dapat gantinya dan sedang mencuba seorang calun muda
dan belum banyak pengalaman.
Chef kami ini kami panggil Tok Mak seperti panggilan cucunya yang juga berada di SmarTop. Tok Mak pandai masak dan ada anak-anak yang bagi tahu ibunya nak makan lauk macam Tok Mak masak. Alhamdulillah.
Allah kurnia kemahiran yang berlainan pada hamba-hambaNya.
Foto kenangan dengan para staf yang lainnya.
Semoga staf yang muda dapat mencontohi kegigihan Tok Mak dalam
perkhidmatan pendidikan awal kanak-kanak.
Tok Mak tidak pernah bersungut bila diminta bertugas lebih masa.
Ia sentiasa senyum. Kami sayang dia dan semoga Allah terus memelihara kasihatannya dan dapat terus menyumbang pada pembangunan Ummah. Semuanya kerana Allah jua.
......
No comments:
Post a Comment