(Gambar hiasan ehsan google)
Kekadang lepas solat saya duduk beberapa minit berfikir mengenai masa depan anak cucu.
Termenung jauh.....Adat kata baki masa buat saya sudah tinggal amat sedikit. Mungkin esuk lusa saya tidak tahu. Setengah ustaz kata jangan risau sangat hari muka. Nanti Syaitan lagi suka menggangu gugat fikiran kita.
Manakan tidak terfikir2.... Anak cucu juga perlau panduan kaum tua bagaimana melayari hidup ini semoga tidak terkandas tanpa apa-apa pegangan.
Saya rasa ramai kita rindu kedamaian di negra tercinta kita ini. Saban hari ada saja kita dengari berita-berita yang tidak menyedapkan hati, ada berita skandal itu dan skandal ini. Kesahihannya belum diketahui. Masaalah Ekonomi dan masaalah kewangan yang mudah dibukti kesahihannya pun masih belum namapk penyelesaian yang dijanji. Janji amat mudah diberi. Orang biasa seperti saya mudah termakan janji kerana mahu berfikiran positif semoga kesenangan hidup menjadi reality. Akan mudah pula kita menghulur bantuan pada yang lebih perlu dan mereka yang kesempitan akan rasa ringan kerana ramai yang ambil peduli.
Mengapa agaknya kita dirundung malang begini. Makin ramai yang bersedih hati kerana anak-anak yang sudah tamat pengajian dengan jayanya pun belum mula bekerja untuk menabur bakti pada ibu tua di rumah yang makin susut tenaga mahu menjaga diri. Kebelakangan ini saya sering bermuhasabah diri, bertanyakan mereka yang ahli sabab-musabab jadi begini. Kan kita Islam dan mengharap pertolongan Allah itu berdekatan.
Umumnya begitu, kata Ustaz. Tetapi kita bukan Islam sejati. Masih banyak rukun-rukun yqng belum termetri kuat dihati dan terbukti pada tindakan diri. Ramai kita Muslim yang masih memilih-milih mana yang mahu dilaksana dan mana yang di tinggal, katanya buat sementara. Kita belum jitu mahu mencari Redha Allah yang sempurna. Bukan di tempat kita sahaja. Di tempat lain pun serupa sikapnya. Kita Islam pilih memilih. Wal hal Allah telah berfirman:
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.
Allah melihat kita luar dan dalam. Tanpa pertolongan Allah manusia akan gagal. Pergolakan sedunia pun saya yakin kerana kita bukan Islam sejati walaupun dalam perlembagaan kita, kita ini negara Islam.
Ramai yang tidak yakin dengan Fakta ini kerana katanya mengapa Singapore, Jepun, Korea dan lain-lain boleh berjaya mencapai pembangunan seimbang.
Saya tidak dapat menjawab soalan ini. Amat rumit jika Allah tidak bertahta di hati.....
Tetapi saya cuba sedaya upaya tidak mahu menjadi sebahagian dari masaalah.
"If we cannot solve the problem, make sure we do not become part of the problem".
Ayuh sama-sama kita bantu membantu menghayati firman Allah seperti di bawah ini:
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan merekalah orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
Ya Allah Ampunkanlah kami dan berilah kami kekuatan dan kebijaksanaan untuk mematuhi perintah Mu.
Aamiin ya Rabb......
.......
No comments:
Post a Comment