"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, October 6, 2017

Babi hutan berkeliaran ?




Apa akan jadi pada Malaysia.

 Saya sekeluarga sudah merasai sendiri kesulitan hidup kerana 
ekonomi negara yang tidak menentu. 
Kami sendiri-sendiri tidak  dapat berbuat sesuatu
 yang segera yang akan mengubah keadaan.

Maka kami bersabar dan buat sesuatu yang munasabah dan
 berharap  tidak menggangu gugat  kehidupan bersama yang 
sekarang ini dirasakan sudah agak buruk jika 
tidak ada sesuatu yang positif dapat dilaksanakan. 
Namun kami bersyukur dan tidak berhenti berdoa 
semoga Allah tunjuk yang benar itu benar dan yang batil itu batil.
 Ini mungkin tidak akan berlaku sekali gos tetapi kami akan 
terus berusaha mengikut kemampuan yang ada.

Namun tidaklah kami sangka masaalah binatang haiwan 
di Malaysia ini  makin melarat-larat di kampung saya.
 Saya lahir di Pontian Johor.
 Membesar dan bersekolah dan hingga dewasa tua Pontian 
sering saya kunjungi. Saya masih ada waris kuat di sana.

Sekarang (sudah lama juga masaalah ini bertapak) babi-babi hutan
 berkeliaran di tepi dan halaman rumah. Foto di atas dikirim 
pada saya oleh anak kakak saya yang menetap di sana.

Saya sarankan supaya sudah sampai masanya Majlis Bandaran Pontian menanganai masaalah ini dengan serious supaya hasilnya
 dapat mengurangkan masaalah rakyat yang ada hari ini.
Makanan sempit dan sekarang terpakasa pula berkongsi 
dengan babi-bai hutan....sepertinya begitu.

Dalam Islam adalah tanggong jawab manusia menjaga
 kesejahteraan haiwan dan ciptaan Allah yang lainnya 
kerana manusia diberi akal yang sempurna. Tetapi jelas manusia makin hari makin tamak dan membuat projek pembangunan 
tanpa mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan haiwan. 
Bukan Babi hutan sahaja tetapi lainnya juga.
 Dahulu saya pernah sebut dalam blog saya ini mengenai
 monyet dan kera.

Semoga pihak yang bertanggongjawab menyedari betapa 
serious masaalah yang ada dan berbuat sesuatu demi keselamatan dan kesejahteraan semua, kerana Allah jua.


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails