"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, October 2, 2019

FITNAH SIHIR DAN DAJALISMA DALAM ANIME KARTUN : NARUTO




A001
Mula-mula sekali saya ingin mohon maaf saya share video di atas ini tanpa mukadimah yang sesuai supaya tidak ada kekeliruan.

Kebelakangan ini saya mengikuti beberapa maklumat mengenai Jinn Syaitan, Freemason dan Illuminati dan hal-hal mengenai akhir zaman. Tetapi saya tidak dapat bebrbicara secara mendalam dalam Blog saya kerana saya bukan ahlinya. Saya baru terdedah dengan banyak maklumat berkaitan Imam Mahdi, Dajjal dan Hari Qiamat. Tetapi saya belum dapat berkongsi dengan pengikut budiman dalam blog saya kerana saya tidak mahu orang jadi keliru kerana penerangan saya cuma seperti "Touch-n- Go" sahaja.

Walaubagaimana pun saya tertarik dengan maklumat yang ada dalam video di atas kerana saya sering rasa khuatir apabila memikirkan pengaruh kartun pada anak-cucu saya. Maka saya kongsikan video di atas semoga ia bolih memberi kesedaran bagaimana minda kita dan anak cucu kita bolih rosak dengan menonton kartun seperti ini.

Dakyah yang dibawa oleh program Karun amat halus sekali dan kita tidak dapat menyedari dan saya amat takut kita sedar apabila sudah tidak bolih berbuat apa-apa. Program kartun nampak macam innocent dan bolih jadi hiburan. Tetapi dengan adanya fitnah sihir dalam kartun kita boleh ketagih dan masa anak-cucu terbuang melihat Kartun. Orang dewasa yang kurang peka pula tidak tahu bahawa ada unsur negatif dalam filem Kartun. Apa lagi anak cucu kita yang masih belum tahu erti kesan-kesan negatif dalam apa jua yang berlaku di sekeliling kita.

Maka saya mengharapkan Taufik dan Hidayah dari Allah semoga apa yang kita lihat dalam video ini akan menyedarkan kita betapa rosaknya manusia jika kita lalai dan mudah di tipu dengan "seni",..... di sini seni hiburan kartun.

Semoga kita insaf dan semoga Pertolongan Allah itu dekat.
Ampuni kami Ya Rabb......


...............................

No comments:

Related Posts with Thumbnails