"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, March 17, 2010

KEPENATAN, TETAPI DEMI AL AQSA ......





GAMBAR DARI ISLAMICFINDER.ORG

Masih rasa kepenatan kerana baru pulang dari menjejak kaki ke bumi Allah jua, iaitu Beijing, untuk antara lain mengeratkan ukhuwah dengan umat Islam di sana. Tetapi berita pengkhianatan Israel Zionist terhadap penduduk Palaestine dan khususnya ke atas tempat-tempat suci di Al Quds membuat rasa keletihan ini hilang serta merta dan akan berbuat sesuatu insyaAllah, sebagai bukti pada Allah bahawa diri ini dan keluarga dengan gandingan jemaah yang lain akan bertindak dengan cara apa jua yang termampu dan semoga Allah menunjukan jalan dan memberi pertolongan.

Ya Allah, tingkatankan iman kami dan kurniakan bagi kami kekuatan dan keberanian untuk menentang Israel dan memelihara Bumi Barakah dan Masjid Al Aqsa.
Ya Allah, bukakanlah hati Pemerintah kami untuk juga berbuat sesuatu yang sewajarnya dari segi hubungan diplomasi dan perdagangan dengan negara-negara yang bersekutu dengan Israel. Rezki datangnya dari Mu ya Allah maka tanamkanlah rasa keyakinan dihati-hati kami bahawa jika kami berbuat sesuatu untuk menegakkan Islam maka RahmatMu akan bersama.




Ya Allah, tunjukilah pada kami jalan-jalan menolak dan membenteras kemungkaran di mana jua pada diri dan yang lain kerana kemungkaran inilah yang menghijab hati-hati kami dan melemahkan kami dan menyebabkan kami amat kurang berbuat sesuatu untuk menentang Israel menerusi jalan-jalan yang Engkau redha.

Ya Allah, bersihkanlah hati-hati kami supaya tidak mementingkan diri kami sendiri dan takut untuk berjuang demi Islam. Ya, Allah kami mohon bantuan Mu semoga usaha kami yang sedikit ini akan kami buat bersungguh-sungguh dan berterusan.
Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails