"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, March 26, 2010

YANG DIBAWA DAN YANG DI TINGGAL

 



Telah hampir seminggu kembali dari Pulau Redang, satu agenda percutian Keluarga dan Syarikat Hj Hassan. Dimusim cuti sekolah sememangnya terlalu ramai yang berkunjung. Dalam umur seperti saya, jika terlalu ramai saya rasa agak "kehilangan".

Pakej percutian sememangnya mencabar bagi generasi muda. Saya ingat juga semasa muda dahulu pun saya akan berbuat sesuatu yang lain dari yang lain untuk berseronok dan membuka minda lagi luas. Semasa saya menuntut di US lebih 40 tahun yang lau, saya pernah dengan seorang teman menjelajah satu kawasan sand dunes yang bertepian dengan pantai yang "sunyi", (di Massechusetts). Saya masih ingat peristiwa ini kerana saya cuba menggulingkan diri diatas pasir dari tempat yang tinggi berterusan hingga ke pantai. Pening dan kotor tetapi ketika itu saya rasa semacam satu "achievement". Di pantai ada beberapa kelompok manusia, ramai yang terlanjang bogel. Saya ketakutan maka saya dan teman segera beredar dari tempat itu.Semoga Allam memberi keampunan atas kecuaian.






Pulau Redang semeangnya cantik, satu anugerah Allah pada manusia. Saya tidak mengikuti aktiviti snorkling kerana saya mahu bersendirian dan berfikir-fikir. Saya rasa seperti agak mencukupi buat sementara waktu ini menyertai aktiviti lasak. Tambahan pula saya pernah menjelajah ke Florida lama dulu dan mengikuti kumpulan menaiki Glass-bottomed boat ke lautan agak jauh dari pantai dan melihat ikan-ikan dan corals dari perut boat itu. Saya bayangkan snorkling pun semacam itu cuma saya tidak menempuh air dan memegang ikan-ikan.
                                                              Dengan cucu sulong Huzaifah (Ujai) menunggu bot

Maka saya duduk dibilik dan melihat dan merenong keluar kawasan. Saya pilih bersendirian kerana telah sampai waktunya saya membuat pilihan anatara aktiviti yang saya akan bawa ke alam sana dan aktiviti yang nanti saya tinggal kesannya di sini. Saya mahu mengoptimakan aktiviti yang ada kesan serampang dua mata. Dalam apa jua yang dilihat, didengar, dirasai, dan disentuhi saya mahu menentukan impaknya akan menjadikan saya lebih peka kepada hakikat kewujudan Allah yang maha Besar dan maha Agong, dan bagaimana saya dapat memunafaatkan kehadirin saya di alam ini yang membawa kepada kesejahteraan di sini dan di sana.

Maka saya duduk di satu tempat dan saya keluarkan nota yang sengaja saya bawa untuk meneruskan penulisan mengenai Mawaddah Finishing School yang mesti disempurnakan dan dikemukakan kepada jawatankuasa NGO saya untuk disemak sebelum ianya dikemukakan kepada pihak penaja secepat mungkin. Alhamdulillah, saya dapat melihat semula penulisan saya dan membuat sedikit pindaan. Ia belum siap tetapi saya bersyukur kerana ada kemajuan walaupun sedikit. Lebih dari itu saya dapat merasai bahawa dalam hidup ini Allah memberi peluang untuk merasai kewujudannya walaupun hanya sedetik. Maka saya berjanji pada diri saya,(dan semoga Allah mengurniakan dan memudahkan) untuk tidak bersantai lagha dan berseronok kekosongan. Semoga Allah sentiasa hampir dan semoga apa jua yang saya buat saya redha dan Allah meredhainya.

Maka percutian di Pulau Redang membawa kenangan manis. Kenangan manis yang berbeza dari segi pengertiannya dahulu dan sekarang, iaitu semasa muda dan kini dalam umur yang hampir lanjut senja. Sebenarnya jika generasi muda dapat mengambil iktibar dari apa yang saya kata, itu adalah lebih utama. Allah lebih suka orang muda yang jitu pengabdiannya, dan tidak menuggu bila dewasa tua kerana umur yang kita ada tidak tahu bila kesudahannya. Semoga Allah memberi taufik dan hidayahNya.
Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails