"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, March 7, 2010

KESUNYIAN TANPA DERIA MELIHAT




Beberapa hari dulu kakak saya yang tertua yang ada sekarang menalipon saya tetapi saya tiada kesempatan berada di rumah dan kakak saya bercakap dengan pembantu saya. Dua hari dulu saya menalipon ia kembali. " Aku kangen, " katanya. Kangen itu rindu dalam bahasa Jawa. Kakak saya ini sukar diduga isi hatinya. Tidak pernah ia mengatakan rindu pada saya seumur hidup saya , dan terasa sayu hati saya mendengar berkali-kali ia kata "Aku Kangen".

GAMBAR BERSAMA KAKAK DAN SUAMI - IDILFITRI 1430
RUMAH KAKAK SAYA
DI DEPAN RUMAH SEORANGAN


HIASAN RUMAH YANG CANTIK, TETAPI KESUNYIAN.

Kakak saya ini berumur 77 tahun dan tinggal bersama suami. Seorang anak lelaki tinggal berhampiran. Saya selalu pastikan saya menziarahinya sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Ia tinggal di Kota Tinggi dan kampung asal saya di Pontian. Semasa Allahyarham ibu saya ada, selalu saya kesana bersama ibu dan kakak yang lain. Ibu saya suka menziarahi kakak saya yang ini walaupun selalu sahaja mereka tidak sependapat dalam banyak hal mengenai cara hidup berkeluarga. Saya antara yang suka bermuzakarah dengannya tetapi jarang sekali ia suka mendengarnya. Katanya saya hanya pandai bercakap. Saya mengalah. Selalunya saya tersenyum dan cuba bercerita pula hal-hal yang agak lucu untuk difuse keadaan yang tidak selesa.

Kakak saya ini sekarang telah hilang penglihatan sejak 5 tahun yang lalu kerana penyakit kencing manisnya.  Saya perhatikan hatinya kian lama kian halus walaupun masih ada yang belum dapat dilupainya mengenai banyak perkara. Tetapi alhamdulillah sekarang ini dia suka talipon saya dan saya bersembang dalam talipon dan sedaya upaya saya cuba mencari ruang untuk menyejukan hatinya. Saya amat hargai panggilannya kerana pasti ia menyuruh pembantu atau suaminya untuk dailkan nombor saya

Dua hari dulu panjang ceritanya. Pembantunya terpaksa berhenti kerana suaminya minta ia kembali ke Indon. Dia susah hati kalau tidak dapat pengganti yang setia. Selalu sahaja ia kehilangan itu dan ini sebab ada anatara pembantu yang tidak jujur. Selalau sahaja ia kehilangan simpanan duitnya. Maka sekarang semuanya di ikat di talipinggangnya. Barang makan pun selalu habis cepat. Katanya pembantunya beri pada kawan-kawannya. Suaminya jarang pula di rumah, maklumlah dia lelaki.

Apa yang saya suka kongsikan di sini ialah rasa hati seorang yang hilang penglihatan dan duduk keseorangan di rumah. Kakak saya bercerita pada saya anak-anaknya pun jarang pulang. Jiran pun tidak datang bertandang, maklumlah masing-masing sibuk. Ibu saya dulu meninggal dalam tahun 2004 semasa umurnya lebih kurang 94 tahun. Dia tidak pikun dan penglihatannya ok. Cuma pendengaranya kurang sedikit. Dia tidak pernah mengadu kesunyian kerana agaknya dia boleh melihat. Itulah nikmat penglihatan yang Allah beri pada kita semua. Alhamdulilah. Ibu saya akan duduk di varenda dan melihat orang lalulintas. Jika ada yang kenal akan bertegur sapa seketika. Kakak saya tidak dapat melihat dan dia amat bergantung pada pendengaran. Pastinya ia perlu ada orang sentiasa disekelilingnya. Ini juga kerana perasaan keselamatan, sebab ia tidak nampak dan sentiasa rasa ada sahaja orang yang melihat-lihat untuk berbuat sesuatu yang tidak baik padanya. Inilah yang membimbangkan saya.

Saya mengharapkan anak-anaknya supaya selalu datang, walau cerewet sekalipun kakak saya, iaitu ibu mereka. Ibu tetap ibu, saya katakan pada mereka. Tetapi generasi sekarang amat kurang empathy mereka. Mungkin kerana kesibukan. Tetapi kan ada talipon dan ada kereta. Tidak perlu berjalan kaki untuk menjengok sebentar sebelum pergi kerja atau bila pulang kerja. Entahlah. Saya kata pada suami saya "People in glass houses should not throw stones". Nasib kita belum tahu. Maka saya amat hati-hati untuk "berleter".

Kesunyian tanpa deria melihat. Saya insaf dan berbagai saya cerita padanya supaya kurang kesunyiannya. Mendengar radio atau mendengar keset yang baik-baik tidak mencukupi untuk menhhibur hati yang rindu. Saya faham. Ia juga inginkan kehadiran sesaorang di sampingnya. Kalaulah anak-anak muda sekarang mahu mengamati hakikat ini,...alangkah bahagianya. Saya berdoa bagi kakak saya dan diri sendiri semoga dapat merasai kasih sayang Allah pada hambaNya yang denganNya kita tidak perlu lagi kehadiran anak-anak atau siapa sahaja. Dan semoga Allah akan terus mengekalkan semua deria dan kekuatan agar dapat menjaga diri sendiri dan semoga Allah memudahkan segalanya hingga samapi waktunya. Amin.

2 comments:

Aponghaziqdoyle said...

salam...moga tok cu sihat hendaknya...

ngasobahseliman said...

Alhamdulillah Tok Chu sihat. Selau-selalu talipo Mak Nya'i. Pastinya dia seronok. Datang rumah bila ada kesempatan. Salam.

Related Posts with Thumbnails