Beijing satu bandaraya yang cantik, boleh setanding dengan negara Barat yang saya telah lihat. "It has character". Antara yang kami buat ialah berjalan-jalan dan melihat-lihat, satu aktiviti untuk "melapangkan minda" buat seketika. Beijing mempunyai sejarah maharaja-maharaja yang tidak banyak bezanya dari pemerhatian dan fahaman saya dari segi mereka sukakan kemewahan, kecantikan dan kelainan dari yang lain. Jika kita lihat sejarah raja-raja di mana sekalipun, kebanyakan mereka meninggalkan istana-istana yang besar-besar dan cantik-cantik yang sekarang ini jadi tumpuan pelancung-pelancung. Istana-istana itu adalah juga untuk "gondek" mereka.
PEMANDANGAN DI SUMMER PALACE.
Mungkin kita juga ingin fikir fikirkan keadaan hari ini dalam budaya pemerintahan negara walau pun mereka bukan diitiraf maharaja. Kebanyakan mereka adalah pemimpin-pemimpin yang dilantik secara "demokrasi". Kita lihat perbezaan dan persamaan nya. Pemerintahan diabad sekarang ini, kalau mereka tidak meninggalkan istana-istana yang mewah-mewah dan cantik-cantik, apa pula yang mereka tinggalkan. Kalaulah ada orang yang mahu benar-benar membuat penyelidikan, mungkin kita boleh dapat tahu apa peninggalan mereka. Mungkin akaun bank di mana-mana yang jumlah depositnya boleh membeli lebih hebat dari bangunan istana. Saya teringin juga tahu, sebab banyak negara yang kaya-kaya dengan hasil-mahsolnya di dunia ini, tetapi rakyat nya hidup di bawah paras miskin.
Merasai Turunnya Salji dan Keajaiban CiptaanNya.
Saya mengambil beberapa shot gambar untuk kenangan betapa Bumi Allah ini kaya dengan keindahan ciptaanNya. Pokok-pokok berbagai rupa, bukit bukau dan sungai-sungai dan tasek-tasek dijaga rapi dengan tumbuhan-tumbahan yang cantik. Saya di bertahu dimusim bunga dan musim luruh amat cantik sekali. Penduduk Cina pada masa ini bukan seperti di Zaman Chairman Mao. Pemikiranya amat kreatif dan banyak perkara yang saya kagumi. Bandarraya Beijing juga bersih walau pun bilik airnya belum sampai ketahap kebersihan di Jepun atau yang setaraf dengannya.
Pemandangan di Summer Palace
Nostalgia musim sejukSemasa saya menuntut di luar negara, saya suka musim sejuk. Saya masih ingat the sking trips di Maine bersama keluarga angkat dan semasa di Madison Wisconsin berjalan-jalan di salji yang tebal amat menyeronokan. Cuma ketika itu saya kurang memikirkan kehebatan ciptaan Allah, dan saya seronok kerana semata-mata seronok. Alangkah jahilnya.Saya memohon keampunan.
Ini Skrin TV Terbesar Di Dunia
Saya kagum dengan usaha orang-orang Tiongkok dalam membentuk kelaianan. Skrin terbesar ini saya tidak nampak faedah yang sebenar. Jika mahu melihat program, kita mendongak ke atas. Siapa yang sanggup berbuat seperti itu, saya tabik spring padanya. Kalau dalam Islam bolekah ini kita kategorikan sebagai pembaziran.Dalam kami santai-santai, perut pun lapar. Pemandu pelancung membelikan untuk kami keledek rebus yang di jual ditepian jalan. Kami tidak digalak untuk membeli tetapi kami tidak makan saman. Tambahan pula kami suka memberi dorongan pada peniaga kecil-kecilan. Bayangkan kita yang menjual. Pasti seronok kalau ada orang membeli. Secara sepontan saya teringatkan semasa sekolah rendah saya menolong kakak saya menjual kueh mueh di sekolah dan kalau ada orang membeli ditengah jalan, seronok tak kira. Dan semasa kecil juga bapak saya membakar ubi, keladi keledek di kebun untuk makanan tambahan kerana beras tidak mencukupi. Saya membesar di zaman pemerintaha komunis di Malaya ketika itu. Alhamdulilah, Allah merestui doa bapak dan mak saya dan kini saya boleh membantu sedikit sebanyak mereka yang memerlukan.
Satu gambar kenangan untuk rekod peribadi. Suami saya yang menambil shot ini. Saya tidak selalu menjelajah bumi Allah bersama suami atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu santai-santai kali ini amat bermakna terutama dalam umur keemasaan ini. Alhamdulilah, banyak perbezaan falsafah dan prinsip hidup yang dapat kami selaraskan dan serasikan sepanjang perkongsian hidup, dan diumur ini kami mampu senyum dan senyum penuh makna dan keinsafan betapa kerdil nya kita disisi Allah. Proses menserasikan perbezaan bukan suatu yang mudah, terutamanya kalau ia menyentuh citarasa hati dan perasaan. Kami tidak putus-putus memohon pertolongan Allah.
Di hadapan Birds Nest, Stadium Olympic
Antara peristiwa santai-santai yang menarik perhatian ialah keperhatinan seorang lelaki menulis "khat" tulisan bahasa Tiongkok dan diperhatikan oleh pelancong-pelancong yang lalu lalang. Saya bertanyakan kepada pemandu pelancong kami apa gerangan yang signifikan perbuatannya itu. Tidak ada apa-apa. Mungkin itu satu hobby semata-mata. Terfikir dihati saya bagaimana pula kita hendak mempopularka "khat" tulisan jawi kita. Kita tidak buat seperti yang dibuat oleh lelaki ini mungkin kerana cuaca kita sentiasa panas maka tidaklah sesuai untuk berpanas seharian. Namun adakah cara lain untuk "membumikan" kepelbagaian bentuk tulisan 'Khat" kita. Saya terfikir-fikir kerana saya sendiri tidak pandai dan selalu benar tidak dapat memahami hiasan ayat-ayat alQuran yang di Masjid atau yang di mana jua kerana bentuk tulisan amat "sophisticated". Pendapat orang lain bagaimana agaknya.
Saya suka melihat pokok-pokok walau pun tidak ada daun. Pokok adalah seperti pasak bumi yang Allah cipta seperti yang tersebut di dalam alQuran, terutamanya jika pokok-pokok itu tumbuh di gunong-gunong dan bukit bukau. Ini interpretasi saya. Kalau gunong dan bukit bukau di "botakkan" maka kita akan mengalami masaalah keseimbangan alam dan akan terjadi peristiwa tanah runtuh dan sebagainya. WaAllahua'lam.Demikian saya termampu mencatat dan saya kongsikan. Semoga ada iktibar dan munafaatnya.
No comments:
Post a Comment