"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Monday, March 15, 2010
LEGACY KEKUATAN @ TEMBOK BESAR CINA.
Banyak negara yang telah meninggalkan kesan legacy kekuatan (kuasa politik), , sama ada kekuatan spiritual atau kekuatan ketenteraan. Tembok Besar Cina mengkagumkan. Dalam umur saya yang agak lanjut ini saya berazam untuk memendakinya bila berkesempatan. Maka baru-baru ini saya mengikuti rombongan yang ramai darinya terdiri dari anak-anak muda. Tetapi dikalangan kami ada seorang yang berumur 86 tahun.Tetapi dia tidak sanggup mendaki.
Saya tidak menyangka Tembok itu tinggi dan setiap mata tangga banyak yang melebihi satu kaki tingginya atau jaraknya. Kami diberitahu ada tempat yang agak mudah didaki tetapi ia agak jauh perjalanannya.
Apa yang menakjubkan pada saya ialah kekuatan azam dizaman silam kepimpinan kuasa besar Cina untuk mengusahakan sesuatu tanpa mengira apa masaalah yang akan dihadapi. Oleh kerana Empire Dynasty Cina tidak belandaskan Islam dalam segala tindakannya,(setakat ini itu yang saya tahu) maka apakah kegemilangan kekuatan Empire ini ada balasan amal makruf di sisi Allah nanti, saya tertanya-tanya. Alangkah rugi bagi setiap nyawa yang terkorban tanpa balasan yang baik. Dalam hati kecil saya mengharapkan mungkin ada fakta sejarah yang tidak dicatat yang mengharumkan kehebatan usaha ini selain dari apa yang telah selalu kita dengari.
Berlainan sekali dengan Tembok Pertahanan Salahuddin Al Ayubi yang berasaskan Islam. Pastinya tidak ada yang kerugian bagi yang meraih kemenanagan atau pun yang tumbang dalam peperangan. Yang menjadi iktibar pada saya ialah kita harus peka dan yakin bahawa usaha kita ke atas melaksana pembangunan dalam bidang apa jua sekali pun, sebesar mana sekali pun, semestinya berlandaskan prinsip Islam. Rugilah kita jikalau prinsip kita bercampur aduk kerana dalam Islam yang benar itu benar dan yang batil itu batil.
Untuk merasakan betapa susah membina, saya cuba mendaki. Tidak sama kesannya. Itu pun saya hanya mampu sebanyak 182 mata tangga sahaja. Ingat hati masih boleh tetapi kerana saya dilarang oleh suami yang khuatir kesan yang buruk hanya dirasai pada esuknya, maka saya akur untuk turun. Gambar-gambar ini saya ambil dari tahap yang tertinggi saya mendaki. Namun saya menyedari hakikat bahawa tanpa qudrat dan iradat Allah, Tembok itu tidak akan berdiri megah. MasyaAllah.
Alhamdulilah, esuknya tiada kesan buruk. Inilah satu pengalaman fisikal yang saya dapat buat. Saya rasa agak sihat mungkin kerana saya mengikuti sessi Tai Chi setiap pagi. Dalam umur 63 tahun saya bersykur Allah masih memberi saya kekuatan dan semoga saya dapat menyumbang pada usaha menegakkan Kebenaran hingga keakhir hayat.
Sessi minum kopi setelah mendaki Tembok besar. Secawan kopi berharga 12 ringgit Malaysia. Itu yang menyeronokan bila mengenang gara-gara mencari pengalaman dan ilmu dalam usia warga emas ini.Saya mohon pembaca membetulkan fakta sejarah dimana berkenaan.
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment