Hari kami pulang dari Beijing cuaca masih sejuk. Kesan-kesan salji hari sebelumnya mendorong saya mengimbau kembali sewaktu umur muda dan selalu menaiki pesawat ke negara panas dan ke negara sejuk sama sahaja. Tetapi impak pada minda saya sekarang ini amat berbeza. Saya melihatdan saya merenong dan di bawah ini saya catat cuitan minda:
JENDELA FIKIR
Entah sudah berapa kali,
Aku melihat di jendela pesawat
Ke awan biru.
Tidak pernah ku lihat Allah di situ
Betapa serabutnya hati ini,
Betapa dangkalnya minda ini.
Dulu semuanya ku kira
Apa jua yang ku lihat adalah lumrah kejadian
Keindahan alam "semula jadi" tebal ingatan
Apa jua yang ku lihat dan ku pegang
Itu kepandaian akal manusia kan ku katakan
Yang membina pesawat bisa terbang
Yang membina bangunan menjulang tinggi ke awan
Tidak ku hairan
Kerana ku rasa manusia hebat dan ku sanjung kehebatan.
Tetapi....
baru kini ku benar-benar mengerti
Kalau bukan Qudrat dan Iradat Illahi
Akan terjunam terhempas pesawat ini
Akan runtuh lebur bangunan yang tinggi.
Betapa kuria Allah pada manusia yang dikasihi
Hanya manusia sahaja yang lupa diri.
Al Quran bertanyakan:
" Maka yang mana satu diantara nikmat-nikmat Tuhan kamu
yang hendak kamu dustakan?"
No comments:
Post a Comment