"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, March 21, 2010

TAQARRUB DI BEIJING




Baru-baru ini saya mengikuti satu 'Islamic Pacakage Tour' ke Beijing selama seminggu dari 9-15 Mac. Saya dan suami berniat menjelajahi bumi Allah dengan satu keinginan untuk mendekatkan diri lagi menerusi penciptaan maha besar, iaitu bumi yang luas ini. Melihat kebesaran kuasanya, kehebataan penciptaanNya dan keagongan kekayaanNya, membuat kami rasa lebih kerdil di sisiNya. Pembanunan fisikal di Beijing kami lihat ia amat setaraf dengan negara Barat. Mungkin ada beberapa budaya hidupnya yang belum setaraf tetapi mereka sedang menuju ke sana dengan pesatnya. Agaknya sebab itulah kuasa besar Barat amat berhati-hati menangani masaalah yang ada di dunia ini bersabit dengan negara Cina dan sekutu-sekutunya.


Di Beijing kami hanya dapat mengunjungi beberapai masjid untuk bersolat tetapi oleh kerana kami tidak pergi tepat pada waktu solat, maka tidaklah ramai yang dapat kami temui. Namun pada hri Jumaat kami ke sana pada waktunya dan saya dapat bersalaman dengan jemaah wanitanya. Mereka datang awal untuk mendengar ceramah tetapi kami tidak memahaminya. Maklumlah kami tidak mahir dengan semua bahasa.( Di celah-lelah itu terfikir saya mengapa dasar kemerdekaan negara kita dahulu tidak menitik beratkan soal keturunan bangsa Melayu mempelajari juga Bahasa Mandrin. Tidakkah boleh kita mendaulatkan bahasa Melayu tetapi pada masa yang sama ada kebebasan dan dorongan juga untuk orang Melayu belajar Mandrrin.Sekarang ini orang Melayu yang kerugian kerana ekonomi banyak yang dikuasai oleh orang-orang keturunan Cina yang boleh berbahasa Melayu dan berbahasa Mandrin atua dialect yang lain. Dan mereka mendahulukan calun-calun yang boleh berbahasa Cina. Apakan daya......).


Kemudahan solat di Masjid yang kami kunjungi belum cukup sempurana dari segi keperluan beristinjak, jika dilihat dari segi keperluan orang Islam di Malaysia. Mungkin sudah mencukupi bagi mereka. Harapan kami satu hari nanati ia akan lebih canggih lagi. Tetapi mereka tidak boleh dipersalahkan kerana dalam sistem politik dan pemerintahan, Islam bukan agama rasmi. Di Malaysia ini pun yang Islam adalah agama rasmi, masih ada banyak kekurangan dari segi penghayatan Islamnya. Semoga ini akan menimbulkan kesedaran dan keinsafan bagi semua yang terlibat untuk berbuat sesuatu untuk memertabatkan cara pengabdian. Di masjid yang kami pergi hanya warga emas yang kami temui. Kami diberitahu pengajian dan penyebaran Islam di sana tidak meluas. Saya agak tersentak kerana ini adalah juga tugas kami yang sudah Islam sejak lahir. Semoga kami mendapat peluang ke Beijing sekali lagi untuk tugas ini.


Kami juga ke Tien Jin dengan bullet train mencari pengalaman. MasyaAllah, ilmu yang Allah beri pada manusia amat luas sekali. Cuma yang menerokai bukan orang Islam tetapi orang Islam masih lagha dan suka bersantai. Ini menimbulkan keinsafan. Bullet Train ini melepasi 300 kilometer sejam. Saya pernah menaiki bullet train dari Tokyo ke Osaka di negara Jepun hampir 20 yang lalu, tetapi keseronokan kali ini amat nyata sekali. Kami di Tien Jin hanya setengah hari dan oleh kerana cuaca sejuk dan salji pun turun maka kami hanya di kedai-kedai membeli atau menjamu mata. Ada kedai orang Islam di situ menjual barang-barang hasil industri kecil dalam bidang makanan. Kami membeli sedikit meraikan orang Islam di sana.

Semoga ziarah kami ke bumi Allah yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri ini memberi pengajaran pada kami semua. Mereka bercerita juga mengenai berbagai keturunan warga cina yang Islam dan bukan Islam terutamanya yang berketurunan Turkey. Mereka dikatakan kumpulan yang berbudaya kasar dan mudah untuk berkelahi. Kami faham mungkin kerana mereka terpinggir dari saluran perdana negara itu maka mereka mudah tersinggung.
Pengalaman yang lain akan saya cerita dilain kesempatan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails