"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, March 31, 2010

HARAPAN @ MASJID KG. TUNKU.





Nampak gemilang Majlis Perasmian Masjid Kg.tunku pada 26 Mac yang lalu yang telah diperkenan dilakukan oleh DYMM Sultan Selangor. Bilangan jemputan dan orang ramai yang hadir memenuhkan Dewan yang tidak berlaku sebelum ini walau apa pun aktiviti yang dilaksanakan. Alhamdulilah, dan semoga selepas ini akan ramai lagi yang hadir menyemarakkan Masjid yang mula di guna sejak tahun 2003.Cadangan awal menamakan Masjid Ar Rahman telah digugurkan . Saya sendiri merasakan nama Masjid Kg. Tunku lebih tepat dan mudah dikenal pasti.

DUMM Sulatan Selangor Bertitah Ucapan.
Pelajar KAFA diasuh untuk datang dan Mesra Masjid.

Pada tahun lepas Masjid Ar Rahman mendapat anugerah Masjid yang terbaik bagi kategori penubuhan di bawah 10 tahun. Alhamdulilah dan Syabas. Semoga tahun seterusnya akan menampakan kegiatan yang lebih menarik dan lebih mencabar.

Saya bukanlah sering ke Masjid sejak permulaan tahun 2010 kerana sudah tidak lagi menganggotai mana-mana Jawatankuasa kerana umur yang sudah melepasi 60 tahun. Itu ketetapan JAIS untuk menggalakan peringkat muda yang lebih aktif menyumbang tenaga dan pemikiran. Alhamdulilah sudah menampakan kegiatan pelbagai termasuk membenarkan Kedai Masjid diurus oleh Swasta. Harapan saya dan beberapa ahli qariah ialah semoga Masjid baru ini akan mendapatkan siatem pembesar suara seperti yang ada diguna dalam majlis perasmian. Amat puas sekali pada deria pendengaran dan dengan itu mudah memfokus kepada isi kandungan ucapan.Mungkin jika sistem yang ada sekarang ini dicanggihkan, ramailah lagi yang suka datang mendengar ceramah dan apa jua kegiatan yang diadakan di dewan serbaguna di paras bawah.

Harapan saya juga semoga Masjid Kg. Tunku ini akan menerajui kepimpinan dalam kempen Bebaskan Palastine dan Selamatkan Masjid Al Aqsa. Pada tahun yang sebelum ini Masjid Kg. Tunku sudah pun bergiat dalam pungutan Dana bagi rakyat Palestine. Antara nya ialah pungutan pada satu hari Jumaat yang di buat bersama dengan NGO Aman Palastine Berhad dan kemudian dengan NGO Haluan dimana mereka telah membawa penceramah seorang Pejuang Palastine yang di penjara dan di sekasa hingga buta matanya.

Bersama Pejuang Palestine dipimpin oleh ahli Haluan Selepas Ceramah.
Semoga dalam setiap doa yang dipimpin oleh Imam akan sentiasa menyeru umat Islam supaya memberi sokongan yang kuat pada Palestine demi Bumi Barakah kepunyaan orang Islam dan Masjid Al Aqsa yang sedang dalam bahaya kerana puak Yahudi sedang berusaha menghapuskannya.

Harapan saya juga semoga kepimpinan Masjid Kg. Tunku akan mengambil peluang dan ruang untuk ahli kariah yang mempunyai pengalaman berinteraksi dengan kumpulan pelajar-pelajar University yang mengadakan program motivasi, atau jati diri atau sebagainya di Masjid ini dengan tujuan berkongsi maklumat mengenai kerjaya dan apa jua yang difikirkan relevan dan sesuai bagi dikongsikan bersama. Ini peluang keemasan untuk generasi dahulu berkongsi maklumat dengan generasi baru dalam usaha membentuk keprihatinan kepada kehendak Islam sejagat.
Sama-sama kita berdoa Masjid Kg. Tunku cergas dengan berbagai aktiviti dan semoga solat awal waktu berjemaah di Masjid setiap waktu menjadi fokus utama ahli kariah kerana usaha kearah ini adalah antara yang akan menjamin terbentuknya kekuatan  Diri dan Kekuatan Umat Islam.
Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails