Semasa saya bekerja dahulu, ada kalanya kami berbual mengisi masa dengan topik yang serious tetapi dengan cara bersantai. Suatu hari saya masih ingat lagi kami berbual mengenai kriterior memilih menantu. Masing-masing kami mengeluarkan pendapat. Ada yang serious dan ada yang lucu. Saya antaranya yang suka serious dalam apa jua yang saya bualkan kerana saya berpendapat bahawa masa itu ibadah dan kalau berbual eluklah ada penutup yang boleh dibuat tauladan atau sempadan dalam hidup. Oleh kerana kriterior saya itu sangat tinggi harapan yang saya letak, maka teman-teman saya berkata : Sobah, kalau itulah kriterier yang ada, keliling dunia 3 kali pun tidak akan dapat menantu. Saya gelak dan semua gelak. Tak mengapa kalau itu yang sebenarnya. Kerana kadangkala pendapat kita tidak realistik maka begitulah komen yang saya dapat.
Saya tidak malu ditegur begitu oleh teman-teman sebab itu adalah sebahagian dari proses muhasabah diri. Jangan ingat oleh kerana kita tua dan senior dalam jawatan maka mereka tidak boleh komen secara santai dan terbuka. Alhamdulullah, bila balik saya bercerita pada suami, dan dia pun gelak. Maka saya semak balik kriterier saya.
Oleh kerana sifat saya suka menegur, dan tidak mengapa ditegur walau pahit sekali pun, maka di dalam penulisan blog, saya tidak marah dan tidak malu jika ada tetamu blog yang komen secara tidak sopan atau secara apa sekalipun. Dan saya suka juga komen penulisan di blog yang saya baca secara bersahaja. Saya tidak sensor komen orang dalam blog saya walaupun saya tahu bahawa saya boleh berbuat demikian. Bila anak saya bertanya : Mak eluk tak kalau kita sensor komen orang dalam blog kita. Saya senyum dan kata : Suka hatilah. Itu cita rasa masing-masing. Tapi kalau Mak, tak apa orang nak komen apa pun. Itu sebahagian dari proses muhasabah diri, (saya ulang). Tidak mengapa kalau komen itu pedas didengar. Kita terima. Itu proses melatih diri untuk melihat kekurangan kita. Kan kita hendak berpindah ke alam yang yang satu lagi itu. Jadikan ia ibarat kita praktis apa nak jawab malaikat. Itu adalah "the worst scenerio". Kita hendaklah berjiwa besar.
Saya mohon maaf atas komen saya yang membuat orang tidak selesa. Saya akan lebih berhati-hati. (I like to call a spade, a spade. My friend said, A rose is a rose by any other name).Saya akan ikut nasihat teman saya.
Semoga Allah memudahkan. Amin.
No comments:
Post a Comment