Kelmarin dulu anak saya membelikan saya buku 'Nota Fikir Untuk Zikir' oleh Pahrol Mohd Juoi dari Pesta Buku Antarabangsa. Dia belikan juga untuk saya buku "INGIN JADI NASRALLAH" oleh Faisal Tehrani. Saya minat menulis cara saya dan membaca sajak atau puisi sejak dari di bangku sekolah lagi. Maka seronok saya mendapat buku ini kerana bukan sahaja puisi-puisi dituls secara kreatif tetapi penampilannya juga kreatif.
Gambar-gambar dalam program "Jati Diri" Pertubuhan Mawaddah Malaysia.
Semoga ada di antara mereka yang Dewasa Nanti Bersikap Berani Kerana Benar.
Saya kagum dengan Nasrallah, pejuang yang mengetuai kumpulan Hizbullah di Lebenon dan mempertahankan kedaulatan Islam. Faisal Tehrani mengambil semangatnya, seorang yang berani berusaha untuk mencapai apa sahaja yang diingini dan juga berani mempertahankan kebenaran walaupun terpakasa merentas kesusahan yang amat sangat.
Di sini saya tidak bermaksud hendak membakar jiwa-jiwa yang mengerti untuk menganggotai Pertubuhan Hizbullah bersama Nasrallah. .Tidak sama sekali. Saya cuma ingin memanjangkan pemikiran kita bersama mengenai bagaimana kita mahu melahirkan genarasi yang bersikap berani, bukan berani semata-mata untuk berperang secara fisikal, tetapi berani menengahkan apa jua pendapat dan pemikiran yang ada pada diri dan berani mempertahankannya dengan apa jua cara. Saya sedar bahawa sikap berani boleh membawa kepada yang positif tetapi boleh juga membawa kepada yang negatif. Justeru itu, dalam usaha melahirkan generasi yang berani kita harus hati-hati.
Kita mahukan mereka yang berani kerana benar. Kita mahukan mereka hidup bermarwah dan bukan ikut-ikutan. Kita tidak mahu membina generasi yang bijak pintar, tetapi tidak berani menjadi pemimpin untuk membenarkan apa yang benar. Kita tidak mahu pembenaran tetapi kita mahu Kebenaran. Dan pernah saya katakan dulu: "Kebenaran Tidak Memihak" Yang benar tetap benar, yang Batil tetap batil.
Di sini saya ingin berkongsi satu strategi yang mudah untuk membina sikap berani. Saya tidak bertujuan untuk berbincang secara professional dan mendalam kerana itu kita boleh buat dalam forum-forum yang berasingan yang lebih sesuai.Di sini saya mahu berbincang bagaimana mahu membina sikap SUKA BERTANYA di kalangan anak-anak yang sedang membesar supaya bila dewasa mereka akan berani bertanya jika mereka merasakan ada perkara ynag perlu ditanya dan perlu mendapat jawapan yang sebenarnya.Jika kita perhatikan anak-anak kecil dalam masyarakat kita suka bertanya ketika kecil hinggakan kadang kala kita tidak tahu akan jawapannya. Tetapi bagaimana sikap suka bertanya ini hilang apabila mereka mula bersekolah dan tinggal saki baki sahaja apabila mereka dewasa dan bekerja . Saya percaya bahawa "suka bertanya" adalah titik permulaan untuk "berani bertanya", dan berani bertanya adalah asas-asas berani menegakkan kebenaran.
Agaknya hilang minat "suka bertanya" ini bermula di bangku sekolah. Mungkin guru-guru tidak ada masa yang mencuckupi untuk membenarkan murid atau pelajar bertanya soalan, terutamanya jika soalan itu semacam tidak relevan pada mulanya. Saya semacam befikiran bahawa sistem pendidikan kita seperti tidak upaya untuk memeberi keutamaan bagi latihan membuka minda. Kita hanya suka pelajar-pelajar mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang. Sebab itu kita ada projek "latih Tubi" bila hampir sampai waktu peperiksaan. Pemerhatian saya ialah bila dewasa nanti "aqal" mereka sempit, seperti seolah-olah hanya ada satu jalan sahaja untuk menyelesaikan masaalah yang dihadapi. Mereka secara tidak disedari "terikat" dengan cara kalau ini soalan, begini cara jawapan. Alangkah ruginya, pada pendapat saya. Apa pendapat anda dalam hal ini agaknya.
Sehubungan ini saya selalu menaikan semangat anak-anak buah saya supaya berani bertanya. Kita tidak mahu kita negara yang hidup mewah, tetapi oleh kerana kita "rasa takut" untuk bertanya maka kita akan menjadi pengikut. Mana maruah rakyat yang berdaulat. Saya khuatir kita dijajah tanpa disedari dan jika ini berlaku maka hakikat kebebasan dan kedaulatan yang sebenarnya tidak dapat kita hayati.
Dalam Islam kita sentiasa digalakankan untuk berfikir. Banyak ayat-ayat alQuran yang memerintah kita untuk berfikir. Dan dan jalan Berfikir adalah dengan Bertanya. Mari kita fikirkan bersama.
Sedang "belajar" Bagaiman Hendak Jadi Berani ?
Gambar hiasan dari Myitf.Org
Gambar hiasan dari Myitf.Org
WaAllahua'lam.
No comments:
Post a Comment