Kalau benar apa yang saya dengar dan yang saya baca sekarang ini mengenai adanya pengaruh Israel dalam Pentadbiran Negara melalui beberapa ajensi / APCO, saya rasa amat kecewa. Saya berdoa berita ini tidak benar.
Saya rasa amat kecewa kerana sekarang ini NGO yang saya anggotai bersama NGO lain bergiat sungguh-sungguh untuk memungut Dana bagi membantu kehidupan rakyat Palestine dan menyelamatkan Masjid Al Aqsa yang sedang diusahakan bermati-matian oleh Israel untuk dibinasakan. Jika benar ada unsur seperti yang saya sebut di atas tadi maka saya rasa khuatir musuh Islam amat dekat sekali dan wujud dalam negara kita sendiri dan "beroperasi" secara langsung.
Saya hanya mampu berdoa:
Ya Allah selamatkanlah kami dari musuh durjana ini dan berilah taufik dan hidayah pada rakyat yang belum sedar mengenai kezaliman musuh ini. Engkau yang maha Mengetahui, maha Bijaksana, maha Berkuasa atas segala sesuatu. Ya Allah timbulkanlah kesedaran pada mereka yang berkenaan untuk melihat dan menilai kembali asas-asas tindakan mereka supaya keselamatan dan kewibawaan Negara tidak dalam bahaya. Ya Allah Engkau telah menceritakan betapa engkar kaum ini seperti di dalam ALQuran dan mereka banyak mendustakan, maka Ya Allah, perkuatkanlah Iman kami agar kami mampu mempertahankan diri daripada bersifat seperti orang yang tidak yakin akan berita dari MU. YA ALLAH SEMOGA KAMI TIDAK TERDIRI DARI ORANG-ORANG YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI.Ya Allah Tolonglah kami dan Selamatkanlah kami dan semua yang beriman dengan Mu dimana jua mereka berada, Engkaulah yang maha Perkasa dan tidak ada Kekuasaan dan Kekuatan melainkan dari Mu sahaja. Ya Allah, Ya Rabbala'lamin. Amin.
2 comments:
salam sobah
everyone has a jews in their heart. itu sebab kita di tuntut beriman, bertaqwa, betulkan nawaitu dan mengikut ajaran serta amalan rasul agar selamat. Apa pun i totally share your thoughts. keep blogging
Ia Datin.Pujukannya terlalu halus dan sering mengelirukan.Semoga Allah melindungi dan menunjuk jalan pulang kepadanya.TQ
Post a Comment