"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, September 20, 2013

Belajar ambil peduli....





Dalam wacana Solidarity Wanita untuk Mesir dan Syria, saya teruja dengan kehadiran wakil wanita Syria seperti dalam foto di atas. Dan mereka juga sangat menghargai usaha Wanita IKRAM membantu mereka dalam perjuangan menegakan keadilan dalam Kebenaran. Mereka melafazkan ikrar juang dalam bahasa Arab untuk dikongsi, tetapi saya terkial-kial kerana tidak mahir berbahasa Arab.

Dalam konteks ini saya selalu menggalakan anak-anak dan anak-anak buah saya supaya menggalakan anak-anak mereka mencintai bahasa asing juga terutamanya Arab kerana itu Bahasa AlQuran dan bahasa yang amat perlu untuk perjuangan global. Denagan teman-teman saya juga  katakan yang sama semoga orang Malaysia boleh berbahasa sekurang-kurangnya tiga lagi bahasa asing. Di sekolah kebangsaan saya dimaklumkan kerajaan sudah mula melaksana Mandarin walaupun bilangan guru yang dihantar ke University Beijing masih terhad. Saya berdoa pihak yang berkuasa bertindak lebih telus dan tulus supaya program memperkasa sistem pendidikan tidak hanya sekadar dibibir. (Smart talk without smart action will bring us to no where). Dalam alQuran pun Allah tegur mereka yang berkata sesuatu tetapi tidak ditepati. Lihat Surah 6 As Saff  ayat 2-3.
A002
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
(As-Saff 61:2) | 

A003
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-Saff 61:3) | 
Antara yang saya teruja dalam sessi wacana itu ialah kerana dapat bertemu teman-teman lama dan kenalan sejak saya bersara yang aktif dalam kerja-kerja NGO. Saya galakan orang muda di mana sahaja saya ada peluang berbicara supaya ambil bahagian dalam aktiviti NGO dan jangan menunggu hingga hidup selesa. Pengorbaban harus sekarang bukan bila sudah kurang kemampuan diumur dewasa tua seperti saya. Sekurang-kurangnya jadilah ahli NGO sekarang dan menjadi sukarelawan sesekali pun jadilah. Yang penting ialah perubahan minda dan tindakan insyaAllah akan menyusuli dari masa kemasa.





Antara yang saya ketemui ialah teman-teman seperti dalam foto di sebelah ini. Seorang teman yang bertudung hitam membawa kedua anak remajanya bersama.

Ini proses belajar ambil peduli.

Anak-anak ini sering dibawa keaktiviti NGO terutamanya yang khusus bagi anak-anak. Alhamdulilah. A journey of a thousand miles start with the first step. Teman saya yang berbaju kelabu aktif dalam IKRAM dan Pertubuhan Mawaddah Malaysia terutamanya dalam program di Gaza, Palestine. Alhamdulilah.

Ayuh ke medan berjuang mengikut kemampuan....
Mohon pertolongan Mu Ya Rabb....Tunjukilah kami jalan.
Ameen....

....

3 comments:

Al-Manar said...

Saya rasa kita tidak boleh berharap sangat dengan apa yang dijanjikan dalam bidang pelajaran. Dendangnya hebat tapi pencapaian merosot. Lihat apa sudah jadi kepada Bahasa Melayu yang sudah mengenepikan Jawi, ejaan dan sebutan bahasa AlQuran. Kamus Dewan dipenuhi bahasa Inggeris rojak.

ngasobahseliman said...

Saya amat setuju CikGu. Saya pun rasa letih memikirkannya terutamanya tulisan jawi kerana itu asas alQuran dan tanpa itu tiada Islam. Maka saya berbuat sesuatu mengikut kemampun di Tadika saya. Kami cuba gmengajarkan jawi selain membaca. CikGu doakan we can make a difference.
Terima kasih singgah.

ngasobahseliman said...

Saya amat setuju CikGu. Saya pun rasa letih memikirkannya terutamanya tulisan jawi kerana itu asas alQuran dan tanpa itu tiada Islam. Maka saya berbuat sesuatu mengikut kemampun di Tadika saya. Kami cuba gmengajarkan jawi selain membaca. CikGu doakan we can make a difference.
Terima kasih singgah.

Related Posts with Thumbnails