Biasanya dalam berhari Raya kita sisipkan semangat bersilaturrahim. Kalau maksud silaturahim hanya berkunjung, bersalaman dan bertanya khabar, menjamu selera dan bercerita topik yang ringan-ringan, saya takut tidak ada nilai tambah dalam pertemuan dan dalam temu bual pada hari itu. Saya sentiasa khuatir kita melepasi masa begitu sahaja. Maka fikiran saya sentiasa ingat bagaimana mahu memunafaatkan masa sebaiknya.
Saya merasai di mana jua saya berada saya suka membawa konsep silaturrahim untuk meliputi bicara santai mengenai masaalah harian atau apa jua yang akan meningkatkan kefahaman erti hidup yang harus didukung oleh kita semua sebagai penganut Islam. Jika perlu kita cerita juga bagaimana kita menyelesaikannya. Saya sentiasa peka bagaimana saya dapat berbuat demikian dalam perbualan yang berlangsung di mana jua saya berada.
Di pertengahan Syawal saya berpeluang berhari Raya di rumah Imam Besar Masjid Bandar Tangkak. Penuh sesak rumahnya dengan tetamu. Pastinya beliau disukai ramai. Maka saya dan rakan beredar sebentar ke kedai berhampiran dengan masjid menunuggu dewan rumah reda sedikit. Di sana kami bertemu dengan ahli SmarTop yang juga menanati masa sesuai untuk ke rumah Ustaz. Sempat juga kami minum segelas juice kerana cuaca panas walau pun sudah menjelang malam. Tetap rasa seronok walau pun menunggu....
Ustaz dan ustazah pandai melayan tetamu. Saya rakam foto kenangan dengan isterinya. Ia Ustazah sukarela di SmarTop untuk beberapa jam seminggu. Alhamdulilah. Anak-anak belajar menghafaz penuh minat.
Impian kami semoga dapat ustazah seperti ini sepenuh masa.
Selain rumah ustaz, saya dan teman yang sama-sama mengurus Tadika SmarTop juga berhari Raya ke rumah murobbiah yang berkelapangan. Alhamdulilah meriah sekali berkenalan dengan keluarga mereka. Rata-rata kami jauh lebih tua dari mereka dan sempat bersembang dengan menyelitkan satu dua petua hidup dan kehidupan. Pada kami setiap saat adalah persedian untuk hari akhir. Semoga Allah terima sebagai ilmu yang dimunafaatkan.
Ini rumah Murobbiah Shamsiah. Kami duduk menanti waktu berbuka puasa kerana ada diantara kami dan juga tuan rumah yang puasa Khamis dan habuan buka puasa bersekali dengan kuih muih raya. Sudah lama tidak makan bubur som-som. Rasa terbuka selera. Alhamdulilah. Di bawah ini Shamsih dan saya. Baik orangnya dan suka membantu. Semoga berterusan.
Di waktu malam tamanya pun cantik. Mesti rakam untuk kenanagan.
Ini ex-murobbiah kami bersama suaminya. "teacher mama" nama glamournya. Pandai dengan anak-anak. Tetapi rata-rata anak-anak punya karenah masing-masing yang perlukan perhatian yang berlainan. Cuma kita perlu kesabaran dengan penuh kasih sayang. Kemesraan masih terjalin walaupun sudah tidak bersama di Taska kami. Alhamdulilah.
Ini di rumah Teacher Atiqah.(duduk di bawah 2 dari kiri). Meriah. Ada beberapa rumah yang kami kunjungi kami di jamu dengan hidangan ubi kayu dengan sambal tumis atau ikan masin. Teruja dan satu nostalgia bagi saya. Saya membesar dengan ubi kayu, keladi, keledek dan apa jua makanan kampungan. Maka saya teringatkan emak saya buat seketika. Penat lelahnya membesarkan saya tidak dapat saya ceritakan semuanya. Doa saya semoga bersama emak di Syurga Firdaus. Ameen.
Ini di rumah teacher Farah (no. 3 dari kanan). Ibunya yang duduk di atas kerusi. Seronok mendapat penghormatan seorang ibu. Bukan di sini sahaja. Di semua rumah murobbiah, ibu masing-masing ada bersama. Selain kasih Rasulullah saw, tiada yang lebih dari kasih ibu. Saya teringat kata ustaz: Jika kita melayan, menjaga dan mera'i ibu sebaik mungkin, ia adalah jalan pintas ke syurga. Semoga kita semua dalam golongan itu. Rindu akan emak...
Ini di rumah teacher An (guru mandarin berdiri kanan sekali). Hanya sebentar bersama SmarTop tetapi kemesraan serupa juga. Alhamdulilah. Di rumahnya terhidang laksa johor. Saya orang Johor tapi tidak pernah mencuba memasaknya. Saya tiada kemahiran masak-memasak dan saya pasti anak-anak saya tidak akan ingat saya kerana masakan saya. Hari itu saya makan laksa hingga terduduk.....
Itu sahaja yang saya berkesempatan buat rakaman. Semoga sedikit sebanyak jalinan silaturrahim dapat juga mengikat komitmen dan kekuatan dalam mendukung perjuangan menegakkan Kebenaran.
Jemputan makan di rumah 'kak Ngah' malam sebelum kembali ke Petaling Jaya tidak saya rakam kerana rasa tidak selesa pada malam itu lantaran terlalu banyak makan pada siangnya. Minta maaf Kak Ngah. (Kak Ngah adalah pengasas Subur Fitrah. Terkenal di Tangkak sebagai Che gu Nortipah).
Semua orang ada cerita masing-masing berhari raya. Ada juga teguran setengah kumpulan yang mengatakan Rasulullah saw tidak berhari raya demikian rupa, maka mengapa orang Malaysia buat begitu.
Tiada jawapan sekarang....mungkin dilain kali....
Mohon keampunan Mu Ya Rabb...
....
2 comments:
Seronoklah kalau dapat bermuhibbah seperti ini dari rumah kerumah. Kami tidak berupaya bila rumah dipenuhi anak cucu dan lawatan saudara mara dan kenalan. Ini lah hakikat hidup bila hari hari muda tinggal kenangan.
Salam. Saya hanya ada 8 cucu dari tiga orang anak. Seminggu sahaja dan cuckup. Maka saya bertugas awal di Tangkak. Begitulah hidup di penghujung masa. Semoga ada habuan lumayan menanti dari yang maha Pengasih.
Maaf zahir Batin.
Post a Comment