Mula-mula saya berhadapan dengan isu Sunni- Syi'ah ialah pada awal tahun sembilan puluhan (1990's). Pada pertengahan sembilan puluhan pula saya memegang tanggongjawab mengurus Biasiswa di Kementerian Pendidikan. Ketika itu Kementerian menghantar pelajar-pelajar ke Timur Tengah dan United Kingdom dengan harapan mereka terus berminat menjadi guru.
Ramai pelajar terutamanya yang kami hantar ke United Kingdom terpengaruh dengan fenomena kahwin Mut'ah. Ketika itu saya pun sangat 'blurr' dengan isu itu kerana tidak faham apa itu Syi'ah dan kurang faham apa itu Sunni. Maka pada suatu hari apabila semua Ajensi yang menghantar pelajar ke luar negara di minta menghadiri taklimat mengenai isu ini oleh Majlis Keselamatn Negara, di Jabatan Perdana Menteri, saya tidak lengah-lengah lagi setuju menghadirinya sendiri. Ada jabatan yang hanya menghantar wakil.
Untuk memendekan cerita, banyak ilmu yang saya dapati dan agak faham apa yang perlu dibuat oleh pegawai-pegawai untuk membendung masaalah yang timbul. Semua Kementerian berkaitan diminta memberi taklimat pula kepada pelajar-pelajar yang berlepas ke luar negara supaya tidak terjebak dengan fenomena yang bahaya itu.
Ketika itu saya kurang yakin saya cukup ilmu.....Ilmu yang saya dapat dari mengikuti kursus Diploma Pengajian Islam di UKM (1987) dan Diploma Islamic Studies UIA (1990) belum mencukupi untuk tujuan itu.
Maka saya mencari khidmat pihak yang lebih arif.
Di hujung kursus 2 minggu itu kami diminta memberi komen atau bertanya soalan apa jua untuk memastikan dapat menjalankan tugas dengan baik. Saya ingat lagi saya cuba mengemukakan perkara berikut:
1). Ini pertama kali saya menghadiri taklimat Sunni-Syi'ah dan dalam masa kurang 2 minggu saya mendakwa bahawa saya belum faham kesemuanya isu Syi'ah.
2). Sebenarnya saya pada masa yang sama pun tidak banyak ilmu tentang Ahli Sunnah wal Jamaah. Ilmu yang ada setakat apa yang diajarkan di sekolah agama hingga darjah khas di negeri Johor. Itu pun tidak mendalam. Di dalam perkhidmatan kami tidak pernah dituntut untuk menghadiri apa jua kursus tentang Islam. Kursus-kursus tambahan yang saya ikuti hanyalah secara sukarela.
3). Saya percaya ramai pegawai ketika itu yang sama dengan status saya.
4). Maka saya katakan pada Urusetia Majlis Keselamatan Negara eluklah pegawai-pegawai kerajaan diberi peluang menghadiri kursus-kursus mengenai Islam yang diaturkan oleh JPA seperti mana JPA mengurus kurus-kursus lain untuk menentukan pegawai-pegawai mempunyai ilmu yang mantap bukan sahaja untuk membendung pengaruh Syi'ah tetapi juga dapat digunakan untuk memastikan dasar-dasar kerajaan tidak bercanggah dengan tuntutan hukum-hakam dalam aliran Ahli Sunnah wal Jemaah.
Pemerhatian dan cadangan saya agaknya kurang jelas maka saya tidak mendapat sambutan yang menggalakan dari mereka yang hadir taklimat dan juga dari Urusetia.
Saya pun diam dalam kecewa dan hanya membelai hati yang tidak seronok.......
Kebetulan pada waktu itu saya mengenali pegawai khas kepada Pemegang Mohor Besar Raja-Raja dan menceritakan perihal yang berlaku dikalangan pegawai dan pelajar mengenai isu di atas. Saya bertanya kemungkinan Majlis Raja-Raja memberi arahan kepada JPA untuk memastikan pegawai-pegawai diminta hadir juga kursus berkaitan Islam. Lama juga saya merisik risik hal ini kerana dari segi protokol kedudukan saya amat jauh di bawah.
Pegawai khas itu tidak dapat megemukakan idea saya jauh ke atas. Saya faham. Pengurusan kerajaan banyak peraturan dan protokol.
Hasilnya tiada apa-apa....
Sekali lagi saya diam dalam kecewa dan hanya membelai hati yang tidak seronok.......
Saya kurang arif hari ini apakah pendirian JPA vis-a-vis isu-isu Islam dan kursus-kursus khas mengenainya yang ada kaitan dengan good governance. Mungkin ini tidak dikira penting kerana dahulu pun saya pernah diberitahu oleh boss bahawa ilmu Islam harus cari sendiri-sendiri.
Apa yang saya tahu di media masa soal Sunni-Syi'ah makin hangat diperkatakan dan Bloggers juga memberi pendapat masing-masing. Saya membaca Harakah tetapi tidak dapat memahami dengan jelas hala tuju PAS dalam senario ini. Berita-berita tidak rasmi juga mengatakan bahawa ada beberapa pemimpin masyarakat mendukung fahaman Syi'ah. Maka saya terfikir sendirian adakah dasar tidak mahu menyokong Amerika menyerang Syria oleh PAS itu disebabkan ada pemimpin yang mendukung perjuangan Syi'ah. Atau adakah sebab-sebab lain?
Itulah saya sendiri pun confused. Pada anak-anak saya agak berani berhujah apa yang saya pegang sebagai benar. Anak-anak pun mendengari apa yang diperkatakan di luar. Maka kini saya sedang mengatur pemikiran dan fahaman saya mengenai Syi'ah....
Semoga saya di jalan yang benar.
Akhirnya saya beri dengan dorongan pada anak-anak supaya sama-sama berdoa berasaskan ayat-ayat berikut:
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
.....
No comments:
Post a Comment