"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, March 1, 2014

Dia tidak pernah cerita......





Bila melihat wanita membanting tulang, saya pasti ingat emak dan kakak-kakak saya. Saya lapan beradik kesemuanya dan hanya seorang sahaja lelaki. Dari kecil lagi saya tinggal bersama mak yang juga menjaga cucu-cucu atas sebab-sebab kesempitan hidup kerana mak dan bapak adalah kaum pendatang.

Bila saya mula bersekolah rendah, saya jarang-jarang mahu bercerita mengenai perihal kehidupan saya sebagai kaum pendatang. Ketika itu rasa malu kerana rakan-rakan sebaya suka mengejek saya katanya 'Jawa makan katak kering". Tidak akan saya lupa peristiwa itu dan lain-lain peristiwa yang mengguris hati. Tetapi bapak dan mak saya berjiwa besar. Dia akan bercerita kehebatan orang pendatang sebagai kumpulan orang yang berani merantau.

Lama kelamaan saya tidak ambil pusing ejekan kawan-kawan saya. Dan saya akan mengejek mereka balik mengatakan mereka penakut. Ada kalanya saya benar-benar mencabar mereka ejek mengejek.

Tetapi bila mula remaja dan bertukar ke sekolah Inggeris, sudah tidak ada yang 'berani' mengejek saya hinggalah saya tamat sekolah dan masuk university. 

Apabila memasuki alam kerjaya, saya sudah 'rasa setaraf'. Tidak rasa terpinggir semata-mata kerana saya keturunan pendatang. Selalu pulak saya bercerita dengan teman-teman asal sejarah hidup saya hingga dewasa. Saya tidak lagi  rasa malu dengan latar belakang sebagai anak petani atau anak pekebun dan penoreh getah. 

Saya percaya sejarah keluarga memberi kekuatan untuk mencapai kejayaan. Dalam pahit manis perjalanan yang tidak menentu, pasti ada sesuatu yang akan memberangsangkan fikiran dan jiwa untuk berdiri tegak menghadap apa jua rintangan yang ada dalam usaha menuju kehadapan.

"History makes a man," kata seorang teman. "Kalau kita tidak mengenal sejarah kita, maka kita tidak akan tahu erti perjuanagan. Kita akan berselindung diri jika bertembong dengan masaalah dan terus mengalah. Maka sebab itu sesebuah negara akan mengkaji  dan ada yang mengkaji semula sejarah negara untuk nenar-benar memahami apa yang berlaku diwaktu silam untuk mengenal diri dan mengenal warisan yang boleh dijadikan landasan perjuanagn seterusnya.

Islam mempunyai sejarah gemilang. Tetapi sejarah Islam telah di "putar belitkan" oleh mereka yang berkepentingan. Kehebatan Islam disembunyikan untuk memperkecil jati diri orang-orang Islam.

Aspek sejarah Islam panjang ceritanya. Ada sejarahwan Islam yang bertekad untuk mengenal dan mencari semula fakta-fakta yang sudah dikaburkan. Tetapi saya tidah mampu dan tidak arif sepenuhnya dalam hal ini. Cuma saya mahu mengatakan bahawa diperingkat diri individu, kita tidak boleh melihat sejarah keluarga sebagai suatu yang remeh.

Tidak ! 

Sejarah keluarga adalah satu kekuatan  yang akan mendorong minda dan hati untuk tabah menghadap apa jua pancaroba. Sebab itu Allah memberi tahu kita dalam alQuran bahawa jasad Firaun terpelihara hingga ke zaman ini untuk kajian. Antara hikmahnya ialah memperlihatkan pada manusia maha hebat dan maha besar kewujudan Allah yang maha Satu itu. 

Kita mengambil iktibar......menginsafi diri.

Maka saya katakan pada seorang teman bahawa tidak mengapa bercerita asal usul kita. Tidak mengapa kalau ayah atau bapak kita dahulu seorang petani, atau pekebun atau penoreh getah atau apa jua. Tanpa kegigihan mereka, siapalah kita. Itu usaha yang mereka lakukan berlandaskan perintah yang syarie. Maka kita ra'ie ayah atau bapak kita dengan bercerita hebatnya mereka. Kita "hebat" bukan kerana kita memegang jawatan tinggi atau kita kaya raya, atau kita ternama, tetapi kita "hebat" kerana berjiwa kental, redha atas ketentuan Allah dan faham bahawa  berusaha itu adalah ibadah. 

Dalam kita menceritakan hal keluarga kita terutamanya bapak dan emak kita bagaimana mereka membanting tulang empat kerat mengasuh dan mendidik kita sebenarnya kita bermuhasabah diri dan insyaAllah kita menjadi seseorang yang berani dalam konteks jati diri yang jauh dari sifat berbangga dan mendabek dada. ( Semoga Allah melindungi.)  Kita akan mudah rendah hati dan dengan cara itu kita dapat mengeratkan silaturahim dengan siapa jua, tanpa sempadan. Dengan siapa pun kita bersedia menghargai diri-diri itu walau pun kedudukan dalam masyarakat berbezqa-beza kerana sesuatu kebolehan dan kemampuan. Sebenarnya itu pun anugerah Allah dan bukan kepintaran kita.

Kalau kita tidak suka bercerita asal usul kita, seolah-olah kita malu emak bapak kita bukan orang yang berada, jauh sekali orang kenamaan. Maka kalau kita sekarang ini orang kenamaan, dan kita boleh mengakui "our humble beginnings" itu sudah menunjukan antara sikap redha atas segala anugerah Allah. Pepatah Melayu kata: "Tidak hilang Bisa Ular menyusur Akar". Allah maha Mendenar, maha Melihat dan maha Bijaksana.

Walau apa pun ini hanya suatu pandangan. Belum tentu sahihnya.....

Saya terdorong menulis kerana ada seorang kenalan biasa yang hanya menceritakan bahawa ayahnya adalah seorang guru, walhal saya diberi tahu oleh adiknya bahawa ayahnya itu pernah menjadi penoreh getah untuk beberapa ketika sebelum menjadi guru. 

WaAllahu'alam apa yang ada dihati kecilnya.
Mengapa perlu saya berfikir-fikir.......

Mohon perlindungan Mu ya Rabb....

...

2 comments:

Al-Manar said...

There are many things we learn from our past - mainly from the negative sides of life, inadequacy, poverty, catastrophe etc. And it is easy to talk about that side of our past if we know others may learn something from that. You express very well about this part of your past. Can we talk about our rich past without a show of pride or being misconstrued as such? We are more lucky than our children because they are more sheltered in life than we ever had, and for that reason they may not have that useful experience in life we are rich in. This is life. How do we impart our experience?

ngasobahseliman said...

This is life. How do we impart our experience?
This is a tough question to answer. I am no wiser and nor am I knowledgeable in the art of communication. I try hard to practice what I preach. i.e walk my talk. But I am not invincible.I would run into my own contradictions and have to painfully backtrack.

Sometimes I do need some help.

Related Posts with Thumbnails