"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, December 11, 2014

Mencari Ehsan Zakat....





Setelah penat berfikir-fikir bagaimana hendak menyelesaikan kekurangan sumber dana untuk pembangunan dan operasi bagi Tadika SmarTop, kami bersetuju untuk "mencuba nasib" memohon mendapat sumbangan Zakat dari Jabatan Agama Islam Johor.

Maka pada hari Ahad yang lepas kami menaiki kereta ke Johor Bahru untuk merundingkan masaalah kami dengan Jabatan Zakat dan Baitul Mal. Kami tiada temu janji tetapi mencuba terus untuk berjumpa dengan pegawai berkenaan. 

Hari Sabtu dan Ahad (malahan petang Jumaat) bukan hari dan waktu  terbaik untuk Ke Johor Bahru kerana jalan raya amat sesak dan orang ramai pun bersesakan kerana ramai penduduk Singapura yang datang berkunjung untuk berbagai keperluan membeli belah atau menziarah pesakit-pesakit di hospital atau berbagai lagi urusan. 

Aduhai Malaysia !........
Kadar pertukaran wang Malaysia yang merosot nilainya menjadikan Johor Bahru tempat tumpuan untuk apa sahaja oleh penduduk Singapura. Katanya ada kemungkinan nilai Ringgit Malaysia akan terus merosot. Saya kurang arif tetapi tetap rasa bimbang.
Siapa yang rugi dan siapa yang untung kita fikir-fikir bersama....

Walau sukar memandu kami tetap menumpu mencari Pejabat Jabatan Agama Islam itu. Dengan izin dan kehendakAllah kami dapat bertemu dengan pegawai berkenaan setelah bertanya berbagai tempat untuk kepastian. Bayangkan pegawai pesara Kerajaan kali ini berurusan sebagai warga biasa. Hanya mampu tersenyum melihat karenah manusia sekeliling yang sama-sama berurusan.

Sambutan oleh pegawai berkenaan amat memberangsangkan. Kami bercerita mengenai SmarTop dari segi falsafah, misi visi dan juga kurikulum dan ko kurikulum. Kami sebutkan apa yang kami perlukan dari segi pembanunan dan operasi. Alhamdulilah....pegawai berkenaan faham dan menunjukan sikap mahu membantu. Mudah sahaja kami memberi penerangan kerana kebetulan beliau sudah mengenali Adni Islamic School yang mana kami telah mencontohinya dari mula penubuhannya lagi. Kami sebut nama Professor Hasni atau Pak Hasni dan beliau pun cepat memahami tujuan kami menemui beliau.

Kami bersyukur Allah memudahkan perjumpaan itu. Kami berpisah setelah lebih kurang 45 minit berbincang. Beliau akan membuat pertimbangan sewajarnya.

Dengan rasa lega kami meninggalkan pejabat tersebut. Dengan kelegaan itu kami rakam foto sebagai kenangan. Kami telah berusaha. Berjaya atau tidak kami mendapat sumbangan zakat dari Pejabat itu tidak merisaukan kami lagi. Allah hanya menuntut kita berusaha. Hasilnya adalah perogatif yang Maha berkuasa dan maha Pemberi Rezki. 

Semoga Allah memudahkan urusan kami demi pendidikan terbaik bagi anak-anak generasi akan datang yang kami ingin bina naluri mereka mengenal Allah yang maha Pencipta dari usia kecil lagi.


Kami di dataran Bangunan Jabatan Agama Islam Johor dan beredar dari tempat itu penuh harapan. Namun kebergantungan kami hanya pada Allah jua. Semoga Allah memberkati....Aamiin.

.....

2 comments:

Kerabu Jantung said...

Semoga berjaya Sis,

Kalau tak silap saya Pejabat Zakat akan membantu kalau projek kita dah hampir siap atau dah berjalan.
13 thun dulu kami mendapat sumbangan zakat sebanyak rm5 ribu apabila pembinaan surau sekolah sudah di peringkat 70% -80% siap.

ngasobahseliman said...

Terima kasih atas perhatian sis. SmarTop preschool kami dah beroperasi 2 tahun. But we have teething problems on alat kelengkapan pengajaran dan pembelajaran. Dana pembangunan pun senget sikit. Ada berhutang dengan individu yang berada sedikit. Kami dah cerita. Semoga terbuka nak beri sumbangan zakat yang sewajarnya. Tolong doa Sis. Salam.

Related Posts with Thumbnails