Lebih seminggu saya berada di Tangkak cuba menutup akaun SmarTop bagi tahun 2014 dan membuat perancangan terperinci bagi tahun 2015, in sya Allah. Dalam keadaan sumber kewangan yang terhad maka agak sukar juga mengendali tugas dan dengan perubahan staf dan guru kami Lembaga Pengurus harus lebih tabah menghadapai segala kemungkinan.
"Tak ape....Allah ada.... kita jangan bimbang. Usaha sahaja dan yang lainnya kita bergantung harap pada Allah." kata teman saya.
Saya senyum dan hati saya fokus pada usaha dan memohon pertolongan Allah. Maka di celah-celah usaha, kami mengambil masa merai tetamu dari Muar dan bandar berhampiran yang dahulunya belajar di Sultan Abu Bakar Girl's School. Ini tetamu teman saya dan saya bersetuju membantunya membuat persediaan mencari tempat dan menyediakan sedikit jamuan.
Dengan kereta kami memandu ke tempat yang kami jangka akan dapat menarik minat tetamu-tetamu itu yang semuanya pun sudah dalam golongan warga emas. Saya tabik melihat kederat teman-teman saya ini kerana masih ada kesanggupan bersusah payah memandu dan berjalan-jalan di kawasan yang agak berbukit dan agak jauh dari tempat letak kereta sambil membawa makanan untuk "picnic" katanya.
Saya rakam di sini tempat "randevous" kami. pokok-pokok menghijau dan amat sejuk di pandangan mata. Alhamdulilah....Allah masih kurnia nikmat melihat antara keagonganNya di muka bumi ini.
Hari itu hujan renyai-renyai dan Gunung Ledang diseliputi awan.
Ada chalet untuk di sewa, tetapi kami hanya berada di situ setengah hari sahaja. Melihat keindahan taman sudah cukup meyegarkan minda.
Di bawah ini adalah kumpulan warga emas SAB Old girls. Masing-masing punya cerita-cerita yang menyeronokan hati mereka. Saya hanya beserta di pinggiran. Namun saya seronok mendapat teman-teman baru. Saya berasal dari Pontian Johore dan ada juga kumpulan seperti itu dan pada bulan Jun yang lalu telah mengadakan 50 tahun bersama. Saya agak terkilan tidak dapat hadir sama kerana pergi melancung ke Yunan. Insya Allah tahun hadapan mungkin masih ada peluang berjumpa.
Kami beredar pulang dan makan tengah hari di rumah kami di Bandar Baru Tangkak......masih kepenatan.
Alhamdulilah .....dalam kesibukan kami dapat merehatkan minda buat seketika.
Semoga pengeratan silaturahim dapat menemukan hati-hati yang mahu berbakti pada ummah demi mencari keredhaan Allah. Teman saya mencari peluang "berdakwah" pada tetamu yang bukan Islam secara cerita-cerita santai mengenai hidup dan kehidupan. Semoga Allah menunjuki jalan dan jika ada yang terbuka hati dan minda untuk menerima Islam, semoga Allah menerima itu sebagai amal soleh kami juga.
Tetamu Satu Malaysia.
....
No comments:
Post a Comment