"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, December 2, 2014

Why is she living alone?....






Sebuah lagi cerita di kampung tempuh hari. Ada yang lucu dan ada yang membuat hati saya sebak.

Ini dua orang kakak saya di kampung. Keduanya sudah solo kembali dengan kembalinya suami ke Rahmatullah. Yang tudung putih 79 tahun dan yang tudung merah 76 tahun. Mereka tinggal berdekatan tetapi bersendirian. Anak cucu berhampiran jika memerlukan. Alhamdulilah mereka masih sihat dan boleh mengurus diri.

Kami sering berkongsi kisah-kisah anak cucu dan cara mereka membawa diri masing-masing. Ada yang sangat ambil tahu hal ibu tetapi ada yang kurang ambil tahu. Itulah ujian di hari tua. Tetapi kami memahami dan bepegang pada prinsip kebergantungan kita hanya pada Allah jua. Anak-anak adalah hiasan hidup. Semoga Allah memberi Taufik dan Hidayahnya pada semua dan bahagia di akhirnya.




Kisah lucu cucu saya Akif yang otistik ini. Ia bermasaalah tetapi tetap mengembirakan kami dengan karenahnya dan sikap pembawaan dirinya. Bila berjumpa kakak-kakak saya, tercetus soalan:

"Why do they look old? "
"Why are we visiting old people? " seperti tidak mengiktiraf saya juga tua......

Senyap-senyap dia tarik tangan saya ke satu sudut dan tanya: " Why is she living alone?"
Bila saya katakan suaminya sudah meninggal, ia bertanya "Why do people have to die?"

Tergamam saya nak menjawab, tetapi jawab juga lah dalam dui-bahasa. 




Ini tiga orang cucu yang saya bantu lebih dari yang lain sebab dua darinya istimewa. Kami tidak senghaja mengajar bertutur dalam bahasa Inggeris, tetapi mereka mendengari sendiri dari TV dan games di You Tube.Mereka lebih terampil berbahasa igggeris, dengan slang pulak. Namun demikian saya risau kerana banyak unsur tidak baik dalam kedua-dua media itu tetapi kami sukar memantaunya kerana kekangan masa dan tiada pembantu rumah untuk sama-sama mengawasinya. Itu cara anak saya membela diri. Saya hanya tercengang kebingungan dan kerisauan.





Suami dan saya menziarahi juga abang ipar saya di Kota Tinggi. Ia sudah melangkaui 80 tahun. Rasanya ia berumur 83 tahun. Baru setahun duduk berseorangan setelah kakak saya meninggal dunia.

Soalan yang sama di tanya oleh Akif:
" Why are you living alone ?" Dia tanya bertalu-talu kerana abang ipar saya tidak faham bahasa Inggeris. Sayalah terpaksa berdialog dengannya.

Peristiwa ini menyedarkan saya betapa anak-anak di bandar (Putrajaya bagi cucu-cucu saya ini) jarang-jarang sekali nampak orang tua dan bertemu dekat dengan orang tua, dan bercakap-cakap dengan orang tua. Setengah budak tidak bertanya. Anak-anak yang normal pun saya perhatikan tidak bertanya sedemikian. Tetapi bagi Akif, antara perangainya yang luar biasa ialah ia sangat lebih bertanya. Tidak mengira masa dan tempat dan pada siapa jua. Dan kekadang pertanyaannya seperti tidak bersopan.
contohnya: 
"Why are you fat? (sambil memgang perut orang yang tidak dikenali itu).
" How come you don't have teeth?" pernah juga ditanyakan pada orang tua.

Ibunya pening dan saya pun pening.Bukan tidak mengasuh dan mendidik dengan baik. Tetapi mungkin caranya tidak sesuai dengan sifat seorang yang otistik. Anak ini mengikut fitrahnya. Tidak tahu maka dia bertanya. Di sessi terepinya dia di ajar bersopan. Ada caranya bagi terepist professional ini. 

Akif pun punya kecenderungan sekssual yang luar biasa berbanding cucu lain. Antara nya dia akan tarik tanga cucu perempuan saya dan tidak membenarkan adik beradiknya hampir dengannya untuk bermain sama. Subhanallah....... Setiap saat saya bersama cucu-cucu yang ini, ia akan sentiasa membuat saya mengingatkan kebesaran dan kekuasaan Allah dan saya akan bertanyakan diri sendiri sejauh mana kesabaran saya dalam sama-sama mendidik mereka ini.

Selain soalan yang boleh membuat kita termalu, Akif pantas bertanya apa sahaja. Perkataan-perkataan ilmu sains yang didengarinya akan terus ditanya. 
"Embah, bacteria itu apa? Kenapa tak boleh nampak kuman?
"Embah, apa bean sprouts?
"Embah, Why do you ask Ujai to Solat?".....macam-macam lagi.

Akif juga sangat aktif. Sumber tenaga dari mana saya kurang pasti. Immaginasinya juga amat luas dan ia suka bercerita denag caranya sendiri yang kadang kala sukar untuk difahami.

Kadang-kadang saya kata pada ibunya: Akif yang kurang cerdik atau kitakah yang tidak pintar berfikir melebihi fikiran anak-anak? 

Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar !....
Kami hamba Mu yang Dhaif ya Rabb...
Bantulah kami, Kasihanilah kami...Kami ingin merasai dan menjiwai kasih sayang Mu melalui anak-anak istimewa ini....
Engakulah yang maha Pengasih maha Penyayang, maha Bijaksana dan maha Adil pada semua hamb-hama Mu...
Kami mohon keampunan atas kekurang dan kesilapan menyantuni anak-anak ini....
Semoga mereka membesar dalam peliharaan istimewa dari Mu ya Rabb....
Aameen...


...

4 comments:

Kerabu Jantung said...

Assalam Sis,

Jangan terkejut ramai kanak-kanak autistik yang sangat bijak dan ada skill mereka sendiri yang lebih dari kanak-kanak lain.

Kanak-kanak memang telus dan tidak berbohong. Pernah seorang kanak-kanak yang menziarah ke rumah saya bersama keluarganya bertanya pada ibunya- mengapa rumah makcik kosong je takde orang?

Al-Manar said...

I have no experience with these children but have heard of specialists who can bring out the best of these children. This is one of many areas our authorities seem to pay hardly any attention. I know how they treat the needy in the more developed world. We talk and talk aloud.

ngasobahseliman said...

Betul lah Sis. Anak-anak ini ada keistimewaannya sendiri. Cuma kita harus lihat 360 degrees. Jangan asik "buruk" sangka. Allah maha bijaksana dan maha adil. Tq singgah.

ngasobahseliman said...

Salam Pak alManar. Terima kasih selalu jenguk saya. Cucu saya yang ini dan yang tua memang banyak "karenah" nya. Ia menuntut kesabaran luar biasa untuk mengambil hati mereka supaya terdidik sebaik mungkin. Di negara kita usaha kerajaan amat terhad. Anak saya minta bantuan terepist swasta dan bayar ikut kadar swasta. Anak saya atur semula priority hidup dan tumpu pada anak-anak yang lebih memerlukan. Semoga Allah sentiasa memudahkan untuk semua yang terlibat.

Related Posts with Thumbnails