"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, September 26, 2015

"Evil Men"....kata Plato.




Melihat foto di atas saya rasa aman seketika....rasa seronok tinggal di negara yang makmur. Walaupun ada beberapa masaalah yang wujud di sekeliling, tetapi masih ada keyakinan masaalah-masalah ini boleh diatasi melalui usaha yang terus menerus dan diiringi doa.

Tetapi....


Terlalu banyak yang sudah diperkatakan mengenai Malaysia hingga hari ini......oleh pemimpin negara dahulu dan sekarang, oleh para bloggers, oleh orang ramai di sana sini dan  dari mereka yang bukan warga Malaysia. 

Sayangnya Malaysia tetap tidak berubah, malahan jika benar kata mereka yang menulis dan beceramah, Malaysia kini makin hari makin haru biru dari segi kedudukan keselamatan dan ekonomi. Itu yang saya fahami dari sumber pembacaan dan pendengaran.

Rakyat biasa termasuk saya amat mengharapkan ada sesuatu yang sedang di fikirkan oleh mereka yang berkemampuan dan mereka yang diharapkan bertanggong jawab atas kesejahteraan negara ini. Sebenarnya semua warga bertanggong jawab atas negara Malyasia tercinta. Tetapi ramai yang rasa semacam berani mahu berbuat sesuatu....tetapi rasa juga takut kalau-kalau menjadi mangsa undang-undang yang boleh diinterpretasi dari berbagai sudut mengikut "cita rsa" sesiapa yang berkedudukan dan sesiapa yang rasa berhak dibidang itu.

Maka saya hanya duduk dipinggiran dan melihat. Saya tidak suka dengan sikap saya ini tetapi hingga kini belum berani  berbuat sesuatu yang luar biasa. Ramai teteman yang mencabar saya. Saya hanya mampu senyum tawar...........

Dalam saya duduk diam membaca tanpa berkata-kata, saya terjumpa kata-kata ini:


THE PRICE OF GOOD MEN PAY FOR INDIFFERENCE TO PUBLIC AFFAIRS IS TO BE RULED BY EVIL MEN.
                                                                                                          PLATO.
Sama-sama kita fikirkan.
Tetapi sampai bila agaknya kita hanya duduk berfikir....

Tunjukilah kami jalan yang lurus, Ya Rabb...
Jalan yang mendapat restu dan redha Mu.
Kasihanilah kami....
Perbetulkan cara kami berfikir dan cara kami bertindak,
dan kurniakan bagi kami pemimpin yang berilmu, berwibawa, beriman dan bertaqwa.
Semoga kami bahagia dan sejahtera di dunia dan di akhirat.

Aamiin ya Rabb....


.......

2 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum ngasobahseliman,
Ada kalanya memang berlaku, setelah kita tegur, beri nasihat malah kita doakan, hasilnya begitu juga. Saya fikir itulah mungkin keadaan atau hasil yang Allah mahu kita rasai atau alami sementara waktu kerana sebab2 yang kita sendiri tidak mampu fikirkan. Ketentuan Allah itu merata kesannya, tidak semata2 mengkesani orang yang (kita anggap) bermasalah. Allah sahajalah yang lebih mengetahui.

ngasobahseliman said...

Waalaikumussalam Pak Temuk.
Sudah lama tidak mendengari Pak temuk. Kangen. Kesuwon sudi mamper.
Betul kata Pak Temuk. Kita hanya mampu bersabar dan berdoa yang terbaik buat Malaysia tercinta.
Mengapa Pak Temuk lama tidak menulis? I miss your witty ideas. Please write...

Related Posts with Thumbnails