"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, February 27, 2017

Birthday Cake...tanda sayang?


Image result for birthday cakes photo


Mengingati hari lahir itu suatu yang biasa dalam masyarakat kita di Malaysia. Kata setengah orang kita terikut-ikut budaya orang asing. Apa salahnya kalau kita tidak menyalahi hukum yang syarie.

Tetapi saya ingin bicara lain sedikit dari sudut fikiran saya kini.

Lahirnya manusia itu harus dilihat dari segi fisikal dan juga dari segi spiritual.
Jika hanya fisikal maka kita akan mengadakan majlis bersuka ria dalam berbagai cara. Kita adakan makan-makan istimewa, bermain games untuk anak-anak dan kemudian memotong kek hari jadi. Ada juga upacara yang lebih meriah yang menampakkan kemampuan kewangan keluarga yang berkenaan. Ada juga yang biasa-biasa sahaja mengadakannya dikalangan keluarga terdekat.

Namun persoalan mengenainya berbagai. Pernah saya menghadiri sebuah ceramah amat lama dahulu oleh seorang "Revert" bekas Paderi Chriatian yang mengatakan kita tidak ada hak meraikan hari lahir dengan bersuka ria kerana pada hari yang sama kita dilahirkan, seorang insan yang bernama"Ibu" bersabung nyawa dalam keadaan cemas dan menakutkan. Ia lega dan bersyukur setelah kesemuanya selesai selamat untuk ibu dan bayi. 

Ini bukan sutu peristiwa yang harus diambil ringan. Ramai kita yang hanya melihat keindahan bayi sahaja dan memuja memuji kecantikan yang ada di hadapan mata. Ramai yang lupa si IBU yang berkorban segalanya. Jarang kita mahu mendidik anak dengan memberi kefahaman pada anak bahawa hari itu ibu yang lebih berhak mengingati kelahiran anak dan anak harus meletakan Ibu di Persada yang tinggi. Harus ada "upacara" anak memeluk Ibu tersayang sebelum ia sibuk beriang ria dengan kekawan yang lain.

Saya ingain mengingatkan diri saya dan hakikat bahawa semasa kelahiran kita ke dunia kita sudah "beikrar" bahawa Allah itu maha Esa dan Dia yang maha Pencipta. Bila manusia dilahirkan, lupa kesemuanya. Maka dalam alQuran Allah pastikan kita sentiasa ingat.



A172









(Dan ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Maka saya suka mencadangkan apabila kita menghadiahkan kek pada anak khususnya, eluklah kita tidak memilih hiasan menggambarkan rupa Kartun yang ada tersebar luas di alam maya dan ada watak-watak yang disukai kita reka di atas kek.

Jom kita kembali pada Fitrah. Kita buat kek yang jelas menggambarkan akhlak mulia seorang insan yang Allah cipta penuh kasih sayang. Mungkin kita buat rangka wajah ibu yang tersayang, mungkin kita buat bentuk kubah masjid melambangkan Iman pada Allah atau apa jua yang mirip memahami bahawa kelahiran insan kedunia fakta mengenal Allah itu amat utama. Bersuka ria itu fakta kedua. Apa jua yang kita lakukan kita harus menggambarkan bahawa kita insan muslim yang berakhlak mulia. Kita bermula dengan anak-anak dan perayaan mengingati hari kelahiran itu juga harus membawa kita dekat pada Allah. Apa jua yang kita buat harus melambangkan aktiviti pengabdian.



Ini cucu saya yang mencapai umur lapan tahun baru-baru ini. 
Saya sudah "kempen" dengan
ibunya untuk meletakan hiasan lain. Boleh letak lambang basikal
atau buah kesukaannya dan sebagainya. Bukan semua watak kartun yang disukai anak-anak itu suatu yang Islamik
jika kita teliti betul-betul jalan ceritanya dalam Tv atau di mana jua.
Ini pandangan saya sahaja. Allahu'alam. 
Saya pun masih banyak kelemahan dan kekurangan.

Walau apa pun kasih sayang pada anak-anak bukan hanya melalui perayaan hari lahir dalam bentuk menghadiahkan kek. Kita boleh buat
acara bebas bermain bola,panjat bukit, naik boat di arus deras, berbasikal, naik kuda dan sebagainya. 
Lepas itu kita makan sama-sama ikut selera anak yang amat digemari.
Mengapa mesti buat kek.



Ini foto hiasan Ehsan dari carian google.
Kek yang di atas pun sama juga. Apa salahnya hiasan bunga
 jika anak perempuan.


Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan memelihara
kita dan keluarga. Aamiin.


.......


No comments:

Related Posts with Thumbnails