"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Tuesday, September 19, 2017
Berkumpulnya keluarga....
Jarang-jarang keluarga besar dapat berkumpul menjalin kemesraan yang dituntut dalam Islam. Makin hari makin berkurangan generasi muda menyantuni generasi tua. Maka generasi tua ada yang merasakan sudah tidak relevan dalam membantu melayari bahtera hidup generasi muda.
Entah saya sahaja yang merasakan demikian.....
Tetapi hakikatnya amat nyata bahawa berkumpul dalam keluarga besar jarang-jarang dapat berlaku. Ia hanya berlaku ketika ada majlis perkahwinan dimana sanak saudara akan cuba berkumpul dan bermesra. Dengan adanya teknologi yang canggih pun jarang-jarang yang tua dan yang muda berhubungan. Saya percaya ramai yang mengatakan tanggapan saya ini salah. Saya pun berharap saya salah.
Foto di atas antara yang saya rakam dan saya kumpul semasa anak saudara saya mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Meriah dan saya amat bersyukur silaturrahim seperti ini masih kukuh. Yang tua dan yang muda makan bersama dan bersembang santai. Tetapi majlis perkahwinan keluarga tidak berlaku setiap bulan dan juga tidak setiap tahun. Maka harus ada usaha generasi muda mencari saudara tua. Atau saudara tua yang berkemampuan dari semua segi mencari saudara muda. Ada kalanya ini berlaku semasa musim Hari Raya Eidulfitri. Tetapi tidak ramai generasi muda yang mencari genarasi tua di waktu lain. Mungkin bila ada berita generasi tua tidak sihat atau sebagainya maka ahli yang muda mencari yang tua.
Ini pemerhatian secara rambang sahaja. Bukan berasaskan kajian. Cuma beraskan rasa hati sahaja. Maka pastinya kurang benar......Kalau benar pun pastinya ada sabab-musabab mengapa demikian yang boleh diterima.
WaAllahu'alam.
......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment