Di KLIA2. Kaunter AIRASIA.
Beberapa bulan dahulu, tidak ingat bila, suami saya membeli tiket tambang murah untuk ke Perth, Australia. Katanya dia ingin ke rumah anak saudaranya di sana dan tinggal beberapa hari untuk berehat-rehat santai. Anak saudaranya ini ada status Permenant Resident dan punya appartmentnya sendiri. Semasa beliau bertugas di Adelaide kami pernah berziarah ke sana untuk beberapa hari dan kali ini tujuan kami hanyalah untuk "lepak" dan melihat-lihat Perth mengikut kemampuan warga emas.
Tanpa disedari kami silap haribulan dan pada tarikh yang kami pilih dia berada di luar negara. Mulanya saya mencadangkan pada suami untuk tidak pergi kerana kami tidak yakin kami boleh mengaturkan lawatan warga emas yang mudah dan bermunafaat. Suami saya tidak setuju kerana walaupun tiket harga murah jumlah untuk kami berdua ialah rm1,600 pergi dan balik,
Setelah berbincang panjang beberapa hari, saya setuju ikut cadangannya. Katanya saya harus berfikiran positif bahawa musafir yang tidak dijangka ini akan membawa munafaat. Paling tidak kita menjejak kaki di Bandarraya Perth. Itu pun dikira satu pengalaman hidup.
Setelah saya bersara suami dan saya bermusafir dalam kumpulan yang diaturkan oleh ajen pelancungan. Kami ikut saje dan tidak perlu berfikir apa yang harus dibuat. Kali ini kami kena fikir sendiri. Untuk melancung, saya malas berfikir kerana banyak hal lain yang saya kena fikir......
Tetapi sebagai menghargai kesukaan suami saya, saya dorong diri untuk membuat perancangan dan segala persiapan. Saya kena pilih ajen di Perth untuk mengaturka segalanya. Malangnya ajen Melayu yang saya pilih tidak berminat untuk buat program untuk 2 orang sahaja.
Tanpa banya bicara, saya google apa jua maklumat yang saya perlu. Anak menantu yang tinggal sama membantu kerana dia boleh di harap. Kami dapat maklumat dalam TRIVAGO untuk pilih hotel yang sesuai dengan bajet kami. Kami pili The New Esplenade Hotel yang dalam daerah Business centre untuk memudahkan kami berurusan hal-hal yang berkaitan. Daya google juga kemudahan Airport Transfer tetapi saya tidak yakin itu yang tebaik bagi kami.
Bersembang mengenai musafir ini dengan adik ipar suami saya, mendatangkan idea. Katanya dia ada kawan akrab di Perth. Nanti dia akan minta tolong untuk beberapa hal yang kami perlukan.
Alhamdulilah,
Dia ambil kami di Airport. Pemekrisaan immigration dan customs Australia amat teliti dan ia memakan masa yang agak lama pada perasaan saya. Anjing terlatih menghidu bag-bag penumpang, Tiada masalah......
Saya merasa lega dan udara segar membuat rasa amat menyenanagkan. Teman baru ini amat ramah sekali dan kami rasa seperti sudah lama berkenalan. Pesawat mendarat jam 5.20 pagi dan kami siap solat di atas pesawat lagi kerana tidak dapat menjangka apa akan berlaku bila mendarat. Ini pertama kali kami ke Perth.
Teman ini membantu santai dan bercerita sedikit apa yang dia tahu mengenai Perth. Lami berrhenti di sini dan turun relaxkan badan setelah lebih 5 jam dalam pesawat. Hilang rasa penat sebenarnya pada saya kerana tempat kami berhentiambil angin amat indah.
Kami berhenti sebenarnya tidak jauh dari Hotel yang kami temoah tetapai Check-in hanya jam 1 tengah hari. Kami di jemput dahulu
sarapan pagi di rumahnya,
Yakin rezki itu Allah yang tentukan. Namun kita perlu berusaha. KurniaanNya itu mutlaq dan kami amat bersyukur. Rumah teman baru ini hanya 20 minit dari Airport dan pada jam 8 pagi kami sampai di kawasan perumahan yang sederhana.
Kami sembang santai sambil menikmati hidangan roti, telur dan salad. Mereka tahu kami letih dan kami diajak berehat, tidur kalau perlu, sebentar menunggu jam 1 petang. Amat melegakan dan kami seronok dan bersyukur atas segala kemudahan yang Allah kurnia.
Jam satu tengah hari kami Check- in hotel yang amat sederhana sahaja. Sebelum itu kami singgah di supermarket untuk kami membeli barang keperluan dan makanan ringan sementara kami dapat mencari restoran Halal.
Pemandangan di luar dari jendela hotel.
Kami berehat sahaja hingga keesukan harinya. Rehat santai
yang sudah lama saya cari.
Ini diluar jangkaan. Setiap detik Allah perhatikan.
......
No comments:
Post a Comment