Pada 7 Sept kami masih ada di Perth.
Kami bermalas-malasan dan makan breakfast di bilik sahaja...roti cheese dan coffee serta orange juice. Jam 11pagi "pemandu pelancung" kami datang dan bawa kami ke Frementle., sebuah pelabuhan dan mengambil masa 30 minit lebih kurang. Kami berhenti di sini dalam perjalanan mencari Masjid Perth. Sepertinya tidak sah bermusafir tanpa mencari Masjid.
Kami berlegar-legar dan berjalan-jalan melihat pelabuhan dan melihat pelancung-pelancung makan hidangan berbagai makanan laut.
Banyak sekali burung di kawasan ini dan mereka akan makan lebihan dan sisa yang ditinggalkan pelancung. Mudah rezki burung-burung itu.
Lautan yang di hadapan itu ialah Indian Ocean. (teringat kes MH370 yang berkemungkinan terhempas di Lautan itu).
Termenung seketika.
Sebelum ke Masjid kami makan 'fish n chips' di tempat ini.
Ini Masjid Perth dan kami solat jamak Takdim Zohor/Asar.
Cantik, kemas dan bersih. Kami dimaklumkan ramai orang Islam di Perth dan esuknya kami akan cari sebuah Masjid lagi.
Foto kenanagan di kawasan belakang Masjid.
Kami pulang awal kerana malamnya kami akan makan malam
di rumah teman kami itu.
......
No comments:
Post a Comment