"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Tuesday, September 26, 2017
We are just another name in the List.....
Alhamdulillah, Allahuakbar.
Allah kurnia berbagai tumbuhan, berbagai tumbuhan hiasan dan berbagai tumbuhan untuk makanan. Allah maha pemberi rezki, maha pengasih dan maha penyayang. Begitu peduli dan pemurah untuk makhluk ciptaanNya. Namun sesetengah manusia mensyukuri anugerahNya dan setengahnya pula tidak menghargainya.
Kebelakangan ini manusia seluruh dunia dilanda berbagai kesusahan, musibah dan berbagai lagi yang amat menylitkan untuk kelangsungan hidup. Di Malaysia tidak ada peperangan yang melibatkan senjata-senjata canggih. Tetapi di Malaysia juga Rakyatnya.sedang dilanda kesusahan dan kebingungan. Yang hidup mewah tidak merasai bebanan ini, dan yang tidak mewah pula rasa takut-takut untuk berbuat sesuatu yang dapat mengatasi masaalah yang ada.
Alhamdulillah, Allah masih kurnia kesedaran beberapa lapisan rakyat yang mahu cuba membuat perubahan. Syabas dan saya secara peribadi berdoa semoga Allah menurunkan Rahmatnya dan membetulkan keadaan demi kesejahteran rakyat seluruhnya.
Pada hakikatnya hidup ini adalah satu ujian. Pemimpin adalah ujian bagi rakyat dan juga sebaliknya. Maka kita rakyat biasa harus waspada dalam kita bertindak berusaha untuk membetulkan sesuatu kepincangan kita tidak tergelincir dari landasan kebenaran. KEBENARAN tidak pernah memihak. Yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil.
Semoga kita rakyat yang mengharapkan pembelaan pemimpin dari segi sunatullah, memahami bahawa Allahlah jua yang berhak menetapkan sesuatu. Yang berkuasa Allah uji dengan kekuasaan. Dan selalu sahaja yang berkuasa lupa dengan hakikat ini......Hakikat bahawa Allah berkuasa atas apa jua yang di langit-langit dan di bumi. Jika Allah murka melihat kezaliman yang berleluasa, maka kuasa mutlak adalah pada Allah dan tiada siapa yang dapat menduga.
Manusia adalah ibarat salah satu senarai dalam senarai ciptaanNya. Dan kita individu adalah ibarat satu nama dalam senarai nama-nama yang Allah telah maklumkan pada para Malaikat mengikut tugas-tugasnya. Bila-bila masa sahaja nama kita boleh digugurkan. Maka semoga jika nama kita gugur, ia gugur demi keredhaanNYa. Hidup itu benar, mati itu benar. Syurga itu benar dan neraka juga benar.
Semoga Allah kurnia bagi kita Taman-taman Indah di Syurga Firdaus. Allah ampunkan segala dosa dan kelemahan kita dan pintu RahmatNya sentiasa terbuka bagi kita. Itulah harapan kita yang tinggi menggunung.
Aamiin ya Rabb.....
........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment