Sehari sebelum ke Masjid Perth kami di bawa ke King's Park dan Botanical Garden.
Teman kami ni sibuk orangnya. Tetapi demi jalinan silaturrahim dia berusaha membuat program agar masa kami dapat dimunafaatkan. Alhamdulillah.....
Nampak jelas usahanya semata-mata kerana Allah.
Saya kagum dengan keindahan Taman ini. Bersih, teratur dan memikat hati.
Teringat akan emak saya. Emak saya suka bunga-bunga dan rajin menanamnya sendiri semasa kederat masih ada. Semoga Emak sejahtera di alam barzah dan semoga Allah kurnia kami bertemu semula di Syurga Firdaus nanti dengan Rahmat Allah semata-mata.
Foto ini agak gelap. Kamera kurang canggih. Waktu hampir Maghrib.
Taman ini sebenarnya di atas bukit dan di situ juga terletak
Tugu Pahlawan Perang Dunia.
Dari Taman ini kami boleh melihat Perth tepat-tepat di mana Hotel kami terletak. Teruja buat seketika. Dunia ini kecil sahaja.
Saya sering terpaku melihat keindahan pokok-pokok. Teman kami ini juga begitu. Dia sering membawa keluarganya piknik ke tempat-tempat seperti ini. Terjalin keluarga bahagia.
Oh....kalaulah boleh berlama-lama di sini....
menikmati keindahan alam.
Malam itu kami pulang untuk makan di "My Rasa"
Restoran kepunyaan orang Malaysia.
Tinggal kenangan.
......
No comments:
Post a Comment