Alhamdulillah, baru-baru ini saya berpeluang ke Perth. Walaupun saya dan suami tiada agenda khusus dalam musafir kali ini tetapai setiap musafir di umur senja ini kami tetap dengan nowatu semoga berpeluang mengembangkan budaya mentauhidkan yang maha Pencipta.
Saya pernah ke Eastern Europe beberapa tahun yang lalu dan saya bawa bersama saya beberapa naskhak alQuran yang dengan terjemahan bahasa Inggeris dan beberapa risalah mengenai Islam yang saya edar pada pemandu pelancung dan di Reception desk di hotel yang kami tinggal. Saya tidak tahu apa hasilnya. Cuma kami buat sahaja apa yang Allah suruh sebaik mungkin. Tetapi kali ini ke Perth kami bawa tangan kosong kerana bajet yang terhad. Maka kami hanya banyak berjalan-jalan melihat-lihat perilaku orang ramai di dataran orang ramai berjalan membeli belah.
Di atas ini suami saya dan saya rakam suatu pagi di mana belum ramai orang lalu-litas. Di bawah ini pula kelihatan suami saya membeli tid-bits makan ringan untuk kami makan sambil duduk-duduk.
Dalam perjalanan pulang ke hotel kami ternampak pondok seperti kelihatan di bawah ini menjemput siapa jua yang berminat berhenti
seketika jika ingin tahu sesuatu mengenai Islam.
Saya rasa teruja kerana itulah yang saya ingin lakukan tetapi tidak pandai menterjemah Idea kepada tindakan..Suami saya menjenguk
sebentar dan bermesra sembang-sembang dengan wanita separuh
umur yang menjaga tempat itu.
Ini tindakan positif. Dalam konteks ini saya terbaca semalam dam kumpulan whatsapp yang membuat nota edaran dalm satu komuniti majoriti Islam meminta penduduk bukan Islam supaya "menghormati" nilai-nilai Islam seperti jangan menjual miniman keras, harus berpakaian meneutu aurat dan berbagai lagi yang tidak perlu saya sebut di sini. Saya rasa malu membacanya kerana saya amat yakin itu bukan caranya kita mahu menarik orang memahami Islam. Cara itu hanya menimbulkan rasa marah dan terhina yang amat memungkinkan tindak balas yang tidak sihat. Walaupun Malaysia mendakwa ini negara Islam tetapi Islam harus disebarkan dengan adab dan hikmah.
Ini kerja sukarela dan saya tabek pada mereka yang mengusahakannya.
Usaha saya amat kecil dalam hal ini. Hari ini saya hanya
mengaggotai kumpulan WhatsApp
Murid-murid Tua dari Government English School Pontian --
CLASS OF 64.
Majoriti kumpulan saya ini adalah mereka dari keturunan Cina dan ramai yang beragama Buddha, Christian atau yang langsung Atheist.
Saya harus berhati-hati apa perkara yang saya postkan dalam Whatsapp ini untuk menjaga keharmonian. Saya mahukan kesan positif dari mereka supaya mereka segan dan hormat pada penganut Islam. Saya bukan bersikap apologetik. Saya hanya mahu beradab kerana Islam menghendaki kita meyebarkan KEBENARAN dengan penuh hikmah yang akhirnya mereka memilih Islam dengan penuh rasa insaf.
Dalam Islam Allah melarang kita berkasar, melainkan jika kita di kasari. Tradisi Islam melarang kita bermusuhan dan membunuh melainkan untuk mempertahan diri. Bersikap sindir menyindir pun Allah tidak suka.
Lihat ayat di bawah ini:
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.
Rasullah salallahualaihi wasalam tidak mengajar kita untuk berkasar dan sombong mendabik dada semata-mata kerana kita Islam. Kita jangan menghina agama atau kepercayaan mereka yang belum Islam. Cuma kita katakan penuh hikmah bahawa ISLAM punya tradisi yang lebih baik.
(Islam has something better to offer.)
Seorang teman saya dalam kumpulan ini adalah seorang Atheist dan belum lagi mahu menerima bahawa kita dicipta oleh Allah
Tuhan yang maha pencipta.
Dia enggan sama sekali.
Dia menetap di Melbourne Australia dan sudah 2 kali
saya bersemuka tetapi belum Allah izin.
Namun saya katakan padanya:
"When we die, If you are right I have nothing to lose.
But if I am right,
you have everything to lose."
Dia hanya senyum dan kata "thank you for caring."
Saya tidak berputus asa dengan kumpulan ini dan berterusan saya viralkan posting mengenai Islam yang diperkatakan oleh orang-orang ternama dan professional Barat. Semoga saya dapat menarik perhatian mereka...lambat laun. Hanya Allah yang menentukan.
Setakat ini dulu perkongsian saya. Semoga bertemu lagi untuk
perkongsian yang lain pula.
Mohon Petunjuk Hidayah Mu ya Rabb...
......
No comments:
Post a Comment